Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Melancong Bersama Editor > Kandungan

Percutian di Hangzhou Bak Berada Di Kayangan (4): Melancong di Taman Paya Xixi

2014-12-11 15:56:54

Hari kedua penulis di Hangzhou, kawasan paya Xixi yang terletak di kawasan barat bandar Hangzhou menjadi destinasi saya hari ini.

Bagi yang pernah menonton filem If You Are The One, Xixi memang tak asing lagi bagi mereka. Adegan watak lelaki utama dan watak wanita utama yang bercuti di Xixi menarik minat ramai orang melancong ke sini.

Taman Paya Xixi sejauh lima kilometer dari Tasik Barat, keluasannya kira-kira 11.5 kilometer persegi. 70% kawasan di taman ini ialah sungai, kolam, tasik, dan paya.

Setelah memasuki pintu selatan dan terus mengikuti laluan utama, saya sampai di jeti. Melawat dengan menaiki bot merupakan pilihan kebanyakan pelancong.

Sungai-sungai yang bersimpang siur di taman ini membahagikan seluruh kawasan paya menjadi beberapa pulau yang besar ataupun kecil. Bot persiaran ini berhenti di beberapa pulau, tapi saya terus menaiki bot ini dan turun di destinasi terakhir.

Jalan Hezhu merupakan kawasan yang memaparkan kebudayaan tradisional dan barangan istimewa tempatan kawasan paya Xixi. Di sini tedapat kedai-kedai yang menjual kain batik, sutera, teh, kuih-muih tempatan, payung dan lain-lain.

Apabila berada di Hangzhou, jangan lupa untuk mengecap teh Longjing di sini. Oleh itu, penulis memesan secawan teh Longjing di sebuah warung teh di tepi Jalan Hezhu. Minum teh yang segar dan harum, sambil menikmati pemandangan sungai dan jambatan, saya berasa inilah betul-betul kehidupan bak dewa-dewi di kayangan Hangzhou.

Panduan melancong Taman Paya Xixi:

Waktu Buka:  8.30 pg. - 5.30 ptg. (1 April - 31 Oktober)

                      8.30 pg .- 5.00 ptg. (1 November - 31 Mac)

Tiket masuk: 80 yuan

Tiket Bot Persiaran: 60 yuan

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin