Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Melancong Bersama Editor > Kandungan

Percutian di Hangzhou Bak Berada Di Kayangan (3): Menjamu Selera dengan Makanan Istimewa Hangzhou

2014-12-11 15:51:40

Sepanjang hari berjalan-jalan di kawasan Tasik Barat dan asyik menikmati pemandangan yang menawan, saya tidak berasa lapar pun. Hari sudah lewat, kaki berasa penat dan rasa lapar turut hadir. Sebagai seorang yang amat suka mencuba makanan di pelbagai tempat yang berbeza, pastilah penulis telah membuat persiapan yang baik. Sajian Hangzhou dikategorikan dalam Lapan Sajian Utama di China. Masakan Hangzhou manis, biasanya mengambil bahan segar seperti ikan dan ketam tawar, akar teratai, rebung dan sebagainya, dimasak dengan kicap atau cuka. Rasa masakan Hangzhou mengutamakan “segar”. Antara lauk yang paling terkenal ialah “ikan Tasik Barat asam manis”, “ikan mua dimasak kicap”, “sup itik”, “udang Longjing”, “ayam pengemis” dan lain-lain.

Di tepi tasik, terdapat banyak restoran. Memang tak sukar untuk memilih salah sebuah yang menyajikan masakan tempatan yang tulen dan sedap.

Restoran Zhi Wei Guan (知味观) yang terletak di Jalan Renhe merupakan sebuah restoran yang bersejarah di bandar Hangzhou. Restoran ini menghidangkan masakan Hangzhou yang tulen. Walaupun restoran ini bukan restoran Islam, namun hidangan “ikan Tasik Barat asam manis” dan “udang Longjing” menggunakan ikan dan udang air tawar. Oleh itu, tidak menjadi masalah untuk kawan-kawan yang beragama Islam makan di sini.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin