Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Melancong Bersama Editor > Kandungan

Percutian di Hangzhou Bak Berada Di Kayangan (2): Hangzhou, Aku Datang

2014-12-11 15:46:16

Pada pukul 3.30 petang Jumaat, saya sampai di Stesen Kereta Api Selatan Beijing. Kereta api berkod G37 itu berlepas pada pukul 4.05 petang dan akan sampai di Stesen Kereta Api Timur Hangzhou pada pukul 9.31 malam. Perjalanan dalam kereta api atau kapal terbang biasanya amat membosankan. Oleh itu, saya membawa ipad dan memuat turun beberapa drama TV untuk ditonton bagi menghabiskan waktu lebih lima jam itu.

Setelah keluar dari Stesen Kereta Api Timur Hangzhou, saya terus menaiki subway untuk pergi ke hotel. Lebih 20 minit kemudian, saya sudah berada di lobi hotel untuk mendaftar masuk.

Bilik saya kecil, namun amat selesa. Semua kemudahan dan barangan di bilik bermutu tinggi. Ini membuktikan pemilihan saya ini amat bijak.

Melancong di Tasik Barat dalam Hujan Renyai-renyai

Menurut Legenda Ular Putih, Xu Xian terjumpa dengan isterinya di Jambatan Duan dalam cuaca hujan. Sekarang musim hujan di Hangzhou, kalau boleh melawat dalam hujan renyai, ia mesti suatu perkara yang amat romantik.

Lepas bangun dan sarapan, saya keluar dari hotel. Memang betul turun hujan dan ini membuatkan saya tak sabar nak pergi ke tepi tasik.

Ketika berdiri di tepi Tasik Barat, segala kebisingan dan kesibukan seolah-olah dipisahkan dan hanyalah air tasik yang tenang, bukit-bukau yang bersambung dan ranting pokok willow yang melambai-lambai terbentang di depan mata saya.

Ada banyak perahu kecil yang dihentikan di tepi tasik, tukang-tukang perahu masing-masing menyapa saya dan menawarkan pelancongan dengan menaiki perahu beratap itu. Selepas bertanya tentang harganya, saya cuba tawar-menawar dengan seorang tukang. Namun katanya harga itu tidak boleh ditawar. Ketika ini baru saya nampak ada papan tanda yang menyatakan sewa perahu ini: RMB150 yuan untuk 1 jam. Kalau anda datang ke sini bersama-sama sahabat atau keluarga, anda boleh mencuba cara lawatan ini. Sebuah perahu beratap ini boleh membawa empat hingga enam orang.

Jambatan Duan ialah destinasi pertama saya. Maka saya menaiki bas No. 7 dan turun di perhentian Duanqiao (Jambatan Duan).

Jambatan Duan ini menyambungkan Jalan Beishan dengan Tambak Putih (Bai Di) yang memisahkan Tasik Barat menjadi bahagian dalam dan bahagian utara.

Walaupun jambatan Duan amat terkenal, namun selepas melawat, saya berasa kecewa sikit, ini sebab jambatan ini terkenal kerana cerita asal usulnya, tetapi bukan bentuk atau rupanya.

Destinasi seterus saya ialah Tambak Su. Terdapat beberapa bas yang mengelilingi Tasik Barat, maka mudah sahaja pergi ke tambak itu.

Tambak Su yang menyambungkan tebing utara dengan tebing selatan Tasik Barat membahagikan tasik ini menjadi dua bahagian, dengan bahagian timur lebih luas. Tambak Su panjangnya 2,797 meter dan merupakan tambak yang paling panjang di Tasik Barat Hangzhou. Terdapat enam buah jambatan iaitu Yingbo, Suolan, Wangshan, Yadi, Dongpu dan Kuahong di sepanjang tambak panjang ini. Ketika berjalan di tambak ini, pokok-pokok yang menghijau dan bunga-bunga yang berkembang mekar di kedua-dua tepi jalan membuatkan persekitaran di sini amat menyeronokkan. Bukan sahaja pelancong yang melawat ke sini, malahan ramai penduduk tempatan Hangzhou suka berjalan-jalan atau beriadah di tempat yang cukup tenang dan sunyi ini.

Oleh sebab saya berjalan dari utara menuju ke arah selatan mengikut jalan tambak ini, apabila akan sampai hujungnya, saya nampak sebuah pagoda di sebelah kiri tambak, iaitu Pagoda Leifeng. Menurut Legenda Ular Putih, sami Fa Hai menahan Bai Suzhen di dalam pagoda ini. Bertahun-tahun kemudian, Pagoda Leifeng runtuh dan Bai Suzhen baru dapat bertemu semula dengan suaminya, Xu Xian.

Pagoda ini terkenal kerana cerita tersebut, namun nama asal pagoda ini ialah Pagoda Gundik Permaisuri. Raja Wuyue pada zaman purba bertitah untuk membina pagoda ini bagi memperingati gundik yang melahirkan putera baginda. Oleh sebab pagoda ini dibina di tempat yang bernama Leifeng, maka ia lebih dikenali sebagai Pagoda Leifeng oleh orang tempatan.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin