Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Melancong Bersama Editor > Kandungan

Percutian di Hangzhou Bak Berada Di Kayangan (1): Merancang Percutian Jimat

2014-12-11 15:09:13
229731_2014121115145656852300.jpg

“Xu Xian, seorang pemuda jatuh cinta dengan Bai Suzhen, jelmaan ular putih pada pandangan pertama apabila mereka terjumpa di Jambatan Duan. Namun percintaan antara manusia dengan jelmaan ular putih itu ditentang oleh Kerajaan Kayangan. Maka sami Fa Hai dihantar untuk mengganggu percintaan mereka. Bai Suzhen ditahan di dalam Pagoda Leifeng. Beberapa lama kemudian, Pagoda Leifeng runtuh, Bai Suzhen dibebaskan dan dapat berkumpul semula dengan suaminya.”

Inilah cerita Legenda Ular Putih yang tersebar popular dalam kalangan rakyat. Cerita yang kononnya berlaku di Hangzhou ini menjadikan bandar ini dan Tasik Barat khususnya lebih menarik minat pelancong.

Hangzhou digelar sebagai “syurga di bumi”. Menurut legenda, sepasang naga dan burung phoenix di langit membuat sebiji mutiara. Mutiara itu djatuhkan dari langit ke bumi dan menjadi Tasik Barat. Pada suatu hujung minggu Jun lalu, penulis bercuti dua hari di bandar bak kayangan ini.

Terdapat beberapa cara pengangkutan ke Hangzhou dari Beijing. Selepas membandingkan penerbangan dan kereta api berkelajuan tinggi, saya memilih cara kedua. Ini bukan sahaja kerana belanjanya lebih rendah, tetapi juga kerana ketepatan masanya lebih terjamin. Jika mengalami kelewatan, tak tahulah berapa lama kena menunggu di lapangan terbang ya.

Satu lagi perkara yang mesti dirancang dahulu ialah penginapan. Ini kerana sekarang musim melancong, pasti hotel-hotel di bandar Hangzhou, khususnya yang di lokasinya bagus habis ditempah.

Oleh sebab ini kali pertama saya pergi ke Hangzhou, saya tidak tahu kawasan mana yang paling bagus bagi pelancong. Namun, pasti tak salah jika memilih hotel di tepi Tasik Barat. Walaupun hotel di tepi tasik lebih mahal, namun pemandangannya bagus, pengangkutannya senang dan restoran pun banyak. Bagi orang yang lebih suka menginap di hotel mewah, mereka boleh memilih Four Seasons, Penisular atau Shangri-La. Namun saya memilih sebuah hotel empat bintang dan bayarannya tidak sampai 400 yuan sehari.

Selepas tiket kereta api laju dan hotel ditempah, hanya menunggu waktu untuk berlepas.


Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin