Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Melancong Bersama Editor > Kandungan

Chengdu, Kota Santai Penuh Warna-Warni (4): Aktiviti Wajib di Lorong Kuanzhai

2014-11-12 13:49:45

Chengdu, Kota Santai Penuh Warna-Warni (4): Aktiviti Wajib di Lorong Kuanzhai

Selepas mengunjungi destinasi bersejarah di pusat bandar Chengdu pada siang hari, kalau rasa letih dan sakit kaki, anda boleh berhenti sekejap di samping menikmati warisan budaya bukan benda Chengdu di Lorong Kuanzhai, jalan komersial yang beraura kebudayaan tradisional Sichuan. Pilihlah sebuah warung teh di lorong ini, minum teh di samping menonton persembahan Opera Sichuan. Selain itu, semasa minum, anda bolehlah mencuba satu perkhidmatan yang unik, iaitu mengorek telinga.

Ketika minum teh, anda boleh melihat beberapa orang yang aneh berjalan-jalan antara pelbagai restoran. Mereka memakai lampu di depan kepala. Tangan mereka memegang satu sepit logam yang panjangnya lebih 30 sentimeter. Siapakah mereka ini? Ya, mereka ialah orang yang menyediakan perkhidmatan mengorek telinga. Sepit logam itu ialah alat yang unik. Mengorek telinga sebenarnya merupakan acara yang istimewa di Chengdu. Jangan melepaskan peluang mencuba ya.

Panduan Pelancongan:

Tiket: Percuma

Waktu Pembukaan: Dibuka sepanjang hari

Alamat: Dari timur jalan Tongren ke barat jalan Changshun, Daerah Qingyang

Pengangkutan: Ando boleh menaiki kereta api bawah tanah Laluan 2, turun di stesen People’s Park. Atau menaiki bas No.62, 70, 93, 163, 340, turun di stesen Changshunshangjie.


Rentak kehidupan yang santai ialah nama dagang bandar Chengdu. Masakan Sichuan, stimbot, dan makanan ringan tempatan menarik ramai pelancong. Chengdu seolah-olah sofa yang lembut, yang menggamit ramai orang memperlahankan langkah mereka untuk bersenang-senang di bandar ini.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin