Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Melancong Bersama Editor > Kandungan

Chengdu, Kota Santai Penuh Warna-Warni (3): Bersantai di Jin Li

2014-11-12 13:46:03

Jin Li, sebatang jalan komersial yang istimewa berhampiran dengan Kuil Peringatan Wuhou. Maka, selepas keluar dari Kuil Wuhou, anda boleh terus berjalan-jalan di Jin Li untuk menikmati keaslian Chengdu.

Hampir setiap kota bersejarah yang terkenal mempunyai jalan komersial seumpama itu, bersifat tradisional dan berwarna-warni. Kononnya, Jin Li pernah menjadi salah satu jalan yang paling lama dan paling makmur dalam sejarah Sichuan. Kini, Jin Li merupakan jalan komersial sepanjang 550 meter yang memiliki banyak kedai termasuk kedai kraf tangan dan tekstil, pub, dan restoran. Selain itu, anda boleh membeli buah tangan yang menarik untuk kawan-kawan dan keluarga. Walaupun harganya lebih mahal berbanding dengan kedai-kedai di tempat yang lain, namun, variasi cenderamata di Jin Li lebih lengkap.

Yang paling terkenal ialah lorong makanan ringan di Jin Li yang menarik ramai pelancong dari dalam dan luar negara. Ketika berada di lorong ini, anda juga akan merasai “Ba Shi”.

Makanan Ringan di Jin Li

Makanan ringan Chengdu disukai oleh ramai orang. Antaranya Lai Tang Yuan (kuih pulut yang berinti), Long Chao Shou (wantan), Zhong Shui Jiao (Jiaozi), Dan Dan Mian (mi pedas), San Da Pao dan lain-lain.

Makanan ringan Sichuan bukan sekadar makanan sahaja, malah gambaran kebudayaan. Kebanyakan makanan ini juga mempunyai nama yang amat menarik, seperti San Da Pao. Makanan ini ialah sejenis kuih pulut yang ditambah air gula melaka. Mengapa ia dipanggil San Da Pao?

San Da Pao ialah kuih berbentuk bulat yang diperbuat daripada tepung pulut. Apabila kuih ini dilontar kuat-kuat di atas piring tembaga, kedengaranlah bunyi seperti tembakan meriam. Maka tiga biji kuih ini disebut ‘San Da Pao’ yang bermaksud “tiga das tembakan meriam.”

Panduan Pelancongan

Tiket: Percuma

Waktu Beroperasi: 5.00 pagi-11.00 malam

Waktu Lampu Dibuka: Waktu senja-8.00 malam

Pengangkutan:


Anda boleh menaiki kereta api bawah tanah Laluan 1, turun di stesen Huaxiba. Atau menaiki bas No.1, 57, 82, turun di stesen Wuhouci, atau menaiki bas No. 82, 109, turun di stesen Nanjiaolu.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin