Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Melancong Bersama Editor > Kandungan

Chengdu, Kota Santai Penuh Warna-Warni (2): Kuil Peringatan Wuhou

2014-11-12 13:41:57

Kuil Peringatan Wuhou terletak di Jalan Kuil Wuhou Nanmen bandar Chengdu. Kuil ini terdiri daripada kuil memperingati raja Negeri Shu dalam zaman Tiga Negeri, Liu Bei, kuil memperingati Perdana Menteri pada zaman itu, Zhuge Liang, serta Makam Hui.

Tarikh pembinaan kuil ini tidak dapat dipastikan kerana kekurangan bukti sejarah. Papan tanda di atas pintu pagar ditulis "Kuil Han Zhaolie" (Zhaolie: gelaran raja Liu Bei selepas kemangkatan baginda). Tetapi kuil ini lebih dikenali sebagai Kuil Peringatan Wuhou (Zhuge Liang diberikan gelaran Wu Xianghou selepas kematiannya). Kuil yang terdapat sekarang telah dibina semula pada tahun 1672. Bahagian utama kuil ini dibahagikan kepada lima bahagian, iaitu pintu besar, pintu kedua, Dewan Liu Bei, koridor, dan Dewan Zhuge Liang, yang menganjur dari selatan ke utara. Di dalam kuil ini, terdapat ukiran tanah liat Maharaja Shu dan menteri-menteri yang berdiri bersebelahan baginda, menjadikan ukiran ini ciri khas kuil berkenaan. Kuil yang dikelilingi pokok-pokok sipres yang lama dan dinding berwarna merah klasik benar-benar membangkitkan nostalgia.

Siapakah Zhuge Liang?

Zhuge Liang ialah penasihat tentera kepada raja Liu Bei dan membantu baginda menubuhkan kerajaan Shu, yang memerintah kawasan Sichuan dan wilayah sekitarnya. Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri, Negeri Shu mempunyai politik yang stabil dan ekonomi yang makmur, manakala rakyat hidup aman.

Kini, Zhuge Liang dianggap lambang kebijaksanaan, dan memiliki reputasi yang baik serta amat dikagumi. Personaliti yang hebat, khidmat bakti beliau yang penuh dedikasi kepada orang lain, dan kebijaksanaan beliau menyebabkan kedudukannya lebih tinggi berbanding dengan raja, jeneral, dan menteri-menteri dalam sejarah.

Panduan Pelancongan:

Tiket masuk: RMB 60

Waktu Lawatan: 7.30 pagi—9.00 malam (Musim Panas)

8.00 pagi—6.30 petang (Musim Sejuk)

Alamat: No. 231 Jalan Wuhouci, Daerah Wuhou

Pengangkutan:


Anda boleh menaiki kereta api bawah tanah Laluan 1, turun di stesen Jinjiang Hotel. Atau menaiki bas No.57, 901, 334, 1, 55, turun di stesen Wuhouci.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin