Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Melancong Bersama Editor > Kandungan

Chengdu, Kota Santai Penuh Warna-Warni (1): Tenangkan Hati di Taman Kotej Jerami Du Fu

2014-11-12 13:38:21

Kota bunga raya”, Chengdu, merupakan pusat politik, ekonomi dan kebudayaan di kawasan barat daya China dalam sejarah, dan juga merupakan bandar utama di kawasan aliran Sungai Yangtze. Chengdu, sebuah bandar yang jika dikunjungi, anda enggan meninggalkannya. Rentak hidupnya tidak terlalu pantas. Ba Shi yang sentiasa dikatakan oleh penduduk Chengdu bermaksud selesa dan seronok. Warung teh di seluruh bandar Chengdu menggambarkan keistimewaan gaya hidup bandar ini yang santai.

Chengdu mungkin merupakan stesen transit anda untuk mengunjungi destinasi pelancongan Jiuzhaigou, Tasik Lugu dan Daocheng Yading, namun Chengdu bukan sekadar pusat trafik. Di sini, anda boleh berhenti untuk menikmati kehidupan yang santai.

Apa kata anda bersama-sama dengan penulis menyusuri keindahan Chengdu.

Chengdu, Kota Santai Penuh Warna-Warni (1): Tenangkan Hati di Taman Kotej Jerami Du Fu

Tenangkan Hati di Taman Kotej Jerami Du Fu

Selepas zaman keagungan Dinasti Tang, karya sajak beralih daripada idealistik kepada karya reaslitik. Du Fu, salah seorang penyajak yang paling masyhur pada zaman Dinasti Tang hidup pada zaman peralihan itu. Kebanyakan karyanya menceritakan tentang peristiwa besar, pergolakan masyarakat, kegelapan politik dan kesengsaraan hidup rakyat. Karya-karya beliau ini amat bernilai sebagai bahan kajian sejarah.

Pada musim sejuk tahun 759 Masihi, Du Fu dan keluarganya berpindah ke Chengdu untuk mengelakkan “Pemberontakan An Shi”. Beliau membina rumahnya di tepi anak sungai Huanhua yang dinamakan Kotej Jerami Du Fu. Semasa hidup selama tiga tahun sembilan bulan di sini, beliau menulis lebih 240 sajak yang digemari ramai. Karya beliau memberi konotasi kebudayaan yang mendalam kepada Kotej Jerami Du Fu, dan menjadikan kotej ini seolah-olah sebuah tempat suci dalam sejarah kesusasteraan China.

Jika memasuki taman ini, anda dapat melihat dinding berwarna merah, istana yang menjulang tinggi, koridor yang berliku-liku, dan pokok-pokok menghijau yang membentuk sebuah lukisan yang aman dan tenteram, seolah-olah bandar riuh Chengdu di luar kotej jerami lenyap.

Panduan Pelancongan:

Tiket masuk: RMB 60

Waktu Lawatan: 7.30 pagi—7.00 petang (Musim Panas)

  8.00 pagi—6.00 petang (Musim Sejuk)

Alamat: No. 37 Jalan Qinghua, Daerah Qingyang

Tel :86-28-87327732

Pengangkutan


Anda boleh menaiki kereta api bawah tanah Laluan 6, dan turun di stesen Chengdu University of TCM & Sichuan Provincial People's Hospital. Atau menaiki bas No.19, 35, 58, turun di stesen Dufucaotang.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin