Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Melancong Bersama Editor > Kandungan

Kembara Belanja di Kota Beijing (4): Plaza Oriental, Wangfujing

2014-11-06 18:32:55

Kembara Belanja di Kota Beijing (4): Plaza Oriental, Wangfujing

Sekiranya sudah jemu dengan pusat beli-belah yang berupa pasar atau bazar, dan teringin pula membeli-belah di gedung yang mewah dengan suasana yang tenang, bolehlah singgah sebentar di Plaza Oriental, Wangfujing. Plaza ini terletak di sebuah kawasan komersial yang paling tua di pusat bandar Beijing, iaitu Jalan Wangfujing dan merupakan salah satu kompleks bangunan yang terbesar di China bahkan Asia dengan keluasannya yang mencatat 800 ribu meter persegi. Kedai-kedai yang terdapat di sini sebahagian besarnya mewah, berjenama antarabangsa dan terkenal. Plaza ini dibahagikan kepada lima zon untuk memudahkan pengunjung membeli-belah.

Plaza Oriental yang tersergam megah ini bercirikan gabungan seni bina tradisional China dan seni bina moden, dengan kos pembinaan sebanyak USD 2 bilion. Kedudukannya di jalan utama Beijing, iaitu jalan Chang'an menjadikannya sukar ditandingi baik dari segi perkhidmatan mahupun kemudahannya. Di luar dan di dalam Plaza Oriental dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan yang menghijau sepanjang tahun, suasana yang jarang didapati di pusat bandar Beijing.

Selain restoran mewah dan restoran makanan segera, terdapat juga kedai-kedai menjual manisan dan makanan ringan di sini. Tidak jauh dari pintu Plaza Oriental terdapat sebuah cawangan restoran halal yang terkenal di Beijing, iaitu restoran Donglaishun

Info Berguna

Alamat Plaza Oriental:

No. 1, Dong Chang'an Jie, Dongcheng Beijing

Waktu Niaga: 9.30 am - 10.00 pm

Pengangkutan:

  • Ÿ Kereta api bawah tanah Laluan 1, stesen Wangfujing
  • Ÿ Bas 10, 41, 59, 90, 99, 120, 126, 420, stesen Wangfujing

Tarikan lain yang berhampiran: Jalan Komersial Wangfujing, Muzium Paleolitik Wangfujing, Kota Larangan, Lapangan Tiananmen.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin