Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Melancong Bersama Editor > Kandungan

Kembara Belanja di Kota Beijing (3): Plaza Mingzhu, Xidan

2014-11-06 18:31:43

Xidan sebuah kawasan yang boleh dianggap sebagai syurga bagi mereka yang gemar membeli-belah ataupun window shopping kerana terdapat deretan pusat beli-belah di sepanjang jalan besar Xidan. Ada yang menjual barang-barang mewah dan berjenama terkenal seperti Plaza Grand Pacific dan Gedung Serbaneka Zhongyou, dan ada pula yang menjual serba-serbi pada harga yang lebih berpatutan seperti Pusat Beli-belah Xidan, Joycity dan Plaza Mingzhu.

Antara semua pusat beli-belah tersebut, Plaza Mingzhu sudah lama popular dalam kalangan belia. Sejak dibuka pada 13 Julai 2001, majoriti pengunjung Plaza Mingzhu terdiri daripada pemuda-pemudi yang mengejar trend fesyen terkini dan suasananya riuh-rendah. Dengan berkeluasan 12 ribu meter persegi, plaza lima tingkat ini memuatkan kira-kira 1,200 gerai peniaga, dan barang-barang yang ada dijual di sini termasuk barang kosmetik, pakaian beraneka fesyen, aksesori wanita, beg dan topi, alat tulis dan peralatan pejabat, barang kemas, perhiasan, alat komunikasi dan fotografi. Bazar ini cukup popular sehinggakan ada kumpulan pengguna yang setia berkunjung dan membeli-belah di sini.

Banyak restoran makanan segera dan kedai kopi dibuka di kawasan Xidan. Terdapat juga restoran masakan Xinjiang dan restoran masakan etnik Salar di sekitar Plaza Mingzhu.

Info Berguna

Alamat Plaza Mingzhu:

No. 59, Heng Ertiao, Xicheng Beijing

Waktu Niaga: 10.00 am - 10.00 pm

Pengangkutan:

  • Ÿ Kereta api bawah tanah Laluan 1 atau 4, stesen Xidan.
  • Ÿ Bas 1, 10, 22, 37, 47, 52, 70, 83, 102, 105, 109, 603, 604, 62, 690, 728, 802, 808, 826, stesen Xidan Plaza

Tarikan lain yang berhampiran: Kedai Buku Beijing, Lapangan Xidan, Pusat Beli-belah Xidan, Joycity, Plaza Grand Pacific dan Gedung Serbaneka Zhongyou.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin