Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Melancong Bersama Editor > Kandungan

Kembara Belanja di Kota Beijing (1): Silk Street

2014-11-06 17:54:14

Kembara Belanja di Kota Beijing (1): Silk Street

Kalau sudah tercapai hasrat mendaki Tembok Besar China, sudah menjejak kaki ke destinasi pelancongan seperti Kota Larangan dan Istana Musim Panas, malah sudah puas mengisi perut dengan makanan tempatan yang lazat, cuma tinggal satu perkara yang mesti dilakukan oleh pelancong di bandar Beijing, iaitu membeli-belah. Sama ada membeli barangan kraf tangan untuk dijadikan cenderamata, atau barangan buatan China untuk kegunaan sendiri, tidak sempurna lawatan di Beijing kalau tidak singgah di tempat-tempat yang terkenal untuk membeli-belah. Sebelum keluar membeli-belah, mungkin pelancong patut lebih mengetahui jenis-jenis pusat beli-belah yang terdapat di Beijing, supaya lebih mudah membuat keputusan ke mana hendak pergi berbelanja.

Silk Street

Nama Silk Street mungkin tidak asing lagi bagi ramai orang, kerana antara pusat beli-belah yang terkenal di Beijing, Silk Street, atau Xiushuijie, paling biasa dikunjungi para pelancong.

Pasar yang sudah bersejarah lebih 30 tahun ini dahulunya dipanggil Silk Alley kerana pada asalnya pasar ini cuma sebuah pasar terbuka yang terletak di lorong Xiushui Dongjie. Pada waktu itu, terdapat kira-kira 410 buah gerai di lorong tersebut yang menjual pelbagai jenis barang termasuk produk sutera dan cenderamata untuk pelancong. Disebabkan tidak dapat lagi memenuhi keperluan semasa, pasar yang lama itu dirobohkan dan digantikan dengan kompleks yang lebih moden yang dibuka pada 19 Mac 2005.

Kompleks baharu yang setinggi tujuh tingkat ini berkeluasan 35 ribu meter persegi dan memuatkan lebih 1,700 gerai yang menjual beraneka jenis barang. Mencari barang di pasar ini amat mudah kerana jenis-jenis barang yang dijual dibahagikan mengikut tingkat, contohnya pakaian wanita di tingkat satu dan kain sutera di tingkat tiga. Selain pakaian, kain sutera dan aksesori seperti topi, beg tangan, kasut dan tali pinggang, terdapat juga barang antik, permaidani, alas meja dan cadar, alat mainan, alat elektronik, barang kemas serta kraf tangan. Peniaga di sini mampu bertutur dengan fasih dalam pelbagai bahasa asing, termasuklah bahasa Melayu. Sekiranya gemar dan handal tawar-menawar, Silk Street memang tempat yang sesuai untuk membeli-belah.

Silk Street letaknya di kawasan yang cukup komersial di bandar Beijing. Pasar ini cukup terkenal dalam kalangan pelancong khususnya pelancong antarabangsa. Mengikut anggaran, kira-kira 20 hingga 30 ribu orang berkunjung ke Silk Street pada hari-hari biasa, dan hampir 100 ribu orang pada hujung minggu. Jualan pasar ini pada setiap tahun melebihi RMB100 juta (RM50 juta). Untuk memastikan keselesaan para pengunjung, banyak restoran dan kedai kopi dibuka di Silk Street. Di kawasan sekitarnya juga terdapat beberapa restoran makanan halal, seperti Restoran Baiyexuan yang cuma 400m di utara Silk Street dan Restoran Masakan Barat Laut China kira-kira 500m di sebelah baratnya.

Info Berguna

Alamat Silk Street:

No. 8, Xiushui Dongjie, Chaoyang Beijing

Waktu Niaga: 9.00 am - 9.00 pm

Pengangkutan:

  • Ÿ Kereta api bawah tanah Laluan 1, stesen Yonganli, keluar melalui pintu A.
  • Ÿ Bas 1, 9, 43, 99, 120, 126, 205, 666, 668, 673, 728, 729 ke Stesen Barat di Persimpangan Yonganli atau 28, 43, 120, 126, 403, 639, 673 ke Stesen Utara di Persimpangan Yonganli

Tarikan lain yang berhampiran: Pusat Dagangan Dunia Guomao, kawasan CBD Beijing.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin