Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Melancong Bersama Editor > Kandungan

Sehari Bersantai di Houhai (4): Menjamu Selera dengan Makanan Ringan Istimewa Beijing

2014-11-05 11:22:13

Sehari Bersantai di Houhai (4): Menjamu Selera dengan Makanan Ringan Istimewa Beijing

Hujung timur Jalan Yandai Xiejie bersambung dengan Jalan Di'anmen, jalan yang sibuk dan moden. Masa sudah lewat dan sampai masanya untuk mengisi perut. Pusing ke kanan dan berjalan sampai persimpangan, penulis nampak restoran Makanan Ringan Huguosi, yang khusus menawarkan makanan halal.

Restoran ini antara restoran Islam yang terkenal dalam kalangan orang Beijing. Restoran ini menjual pelbagai makanan yang istimewa, seperti kuih kacang pis, kuih pulut goreng berinti kacang, sup kambing, pelbagai jenis bubur dan lain-lain.

Kebanyakan orang yang makan di restoran ini orang Beijing, namun ada pelanggan yang tinggal di tempat jauh khusus datang untuk menjamu selera makan dengan makanan tradisional Beijing yang tulen di sini. Makan dengan sepuas-puasnya, hanya dengan harga 20 yuan.

Sehari Bersantai di Houhai (4): Menjamu Selera dengan Makanan Ringan Istimewa Beijing

Setelah makan hingga kenyang, dan lampu jalan sudah dinyalakan namun penulis masih berasa tak mahu balik ke rumah lagi. Maka jalan bar di tepi tasik Houhai menjadi pilihan pertama.

Pusing balik ke Jambatan Yinding, jalan bar yang terkenal dalam kalangan orang Beijing malah pelancong asing di depan sahaja. Ramai warga asing duduk di tingkat dua, sambil minum bir atau wain, sambil menikmati pemandangan tasik yang indah pada waktu malam, sambil berbual-bual dengan rakan-rakan.

Walaupun seorang sahaja, penulis tidak berasa sepi. Setelah minta minuman keras, mendengar lagu yang dipersembahkan penyanyi dengan iringan muzik, masa lalu dengan cepat.

Dua jam kemudian, penulis meninggalkan kawasan Houhai dengan puas hati. Begitulah kehidupan santai di pusat kota, tempat yang masih mengekalkan wajah Beijing yang asli dan tulen, namun jauh dari kebisingan.

Berjalan di tepi tasik menuju ke stesen kereta api bawah tanah, penulis berjumpa dengan banyak penduduk yang tinggal di sini, bersiar-siar selepas makan malam. Penulis terfikir: kalau saya bukan orang Beijing, saya pasti mencari hotel di kawasan Houhai, tinggal di sini beberapa hari untuk menghayati kehidupan santai dengan sepenuhnya.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin