Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Melancong Bersama Editor > Kandungan

Sehari Bersantai di Houhai (3): Mencari Barang Bergaya dan Istimewa di Jalan Yandai Xiejie

2014-11-05 11:29:11

Di tempat yang paling sempit tasik ini, terdapat sebuah jambatan yang panjangnya 12 meter, lebarnya 7 meter. Jambatan ini dinamakan Jambatan Yinding oleh sebab bentuknya seperti jongkong perak.

Sehari Bersantai di Houhai (3): Mencari Barang Bergaya dan Istimewa di Jalan Yandai Xiejie

Walaupun kecil dan kurang istimewa, namun jambatan ini amat terkenal sejak dahulu kala. “Yinding Guanshan”(银锭观山)antara lapan perkara mengenai pemandangan di Beijing pada zaman lampau. Ini bererti orang berdiri di atas jambatan ini, boleh memandang Gunung Barat di luar bandar pada waktu cuaca cerah.

Setelah melalui jambatan yang sibuk ini, penulis sampai di hujung barat Jalan Yandai Xiejie. Di kiri dan kanan jalan yang kecil ini, terdapat banyak kedai yang menjual barang-barang istimewa dan menarik.

Sebuah kedai yang menjual patung tanah liat paling menarik perhatian penulis. Di dalam kedai yang beralamat di No. 48 Jalan Yandai Xiejie ini, dipenuhi dengan patung-patung dan hiasan yang berwarna-warni. Imej yang paling menarik ialah patung arnab, atau yang juga disebut “tul ye” (dewa arnab) dalam dialek Beijing. Arnab ini merupakan lambang kebahagiaan dan dikatakan boleh membawa nasib baik kepada penduduk Beijing.

Rantai telefon patung dewa arnab yang kecil dilukis dengan amat halus dan mukanya comel sekali. Penulis tidak ragu-ragu dan terus membayar untuk memiliki satu.

Di kedai ini juga dijual patung dengan imej dan cerita lain yang menarik, contohnya orang menarik gigi, pertunjukan opera, orang-orang tua bermain catur. Kedai yang kecil ini umpama muzium budaya kehidupan orang Beijing pada masa dahulu.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin