Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Melancong Bersama Editor > Kandungan

Sehari Bersantai di Houhai (2): Melawat dengan Menaiki Beca

2014-11-05 11:27:00

Setelah keluar dari Istana Putera Gong, penulis melihat banyak pelancong yang melawat dengan menaiki beca. Beca-beca ini dilengkapi dengan atap merah. Tukang-tukang beca pula memakai baju seragam yang berwarna coklat, sambil mengayuh beca sambil bercakap dengan pelancong.

Sehari Bersantai di Houhai (2): Melawat dengan Menaiki Beca

Walaupun dilahirkan dan dibesarkan di Beijing, penulis tidak pernah melawat dengan menaiki beca kerana menganggap cara lawatan ini “eksklusif” bagi pelancong yang bukan orang Beijing. Namun kali ini, penulis memutuskan untuk menjadi pelancong seratus peratus. Setelah tawar-menawar dengan seorang tukang beca, harga untuk lawatan mengelilingi Houhai diturunkan kepada 50 yuan. Penulis puas hati kerana dapat menaiki beca dan memulakan kunjungan bersama-sama pemandu pelancong yang mengayuh beca ini.

Sepanjang perjalanan mengelilingi tasik, tukang beca ini menceritakan tentang sejarah kota lama Beijing, sejarah Istana Putera Gong, cerita-cerita yang menarik yang berlaku di kawasan ini, malah berborak-borak dengan penulis tentang topik-topik hangat semasa. Kadang kala, dia berhenti seketika supaya penulis boleh mengambil gambar.

Tukang beca ini memberitahu penulis bahawa pada musim sejuk, air tasik di Houhai beku dan ramai peminat luncur ais meluncur di sini. Pada musim panas pula, bunga teratai berkembang mekar, mengayuh perahu di antara bunga-bunga teratai juga suatu yang amat menyeronokkan.

Nampaknya tukang beca ini memang menganggap saya sebagai pelancong yang berasal dari tempat lain. Apa yang diceritakannya itu sudah menjadi kenangan manis. Penulis teringat pengalaman meluncur di atas tasik di sini waktu kecil lagi. Walaupun tidak pandai meluncur, duduk di atas kerusi luncur yang ditolak oleh bapa, masih segar dalam ingatan.

Setelah balik ke tempat menaiki beca, penulis mengucapkan terima kasih kepada tukang beca dan berjalan menuju ke Jambatan Yinding.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin