Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Melancong Bersama Editor > Kandungan

Sehari Bersantai di Houhai (1): Istana Putera Gong

2014-11-04 17:26:14

Sehari Bersantai di Houhai (1): Istana Putera Gong

Kononnya terdapat dua “nadi naga” di Beijing: garis Kota Larangan merupakan “nadi naga tanah”; manakala garis Beihai-Houhai merupakan “nadi naga air”. Jika melancong di Beijing melalui pakej rombongan, Kota Larangan pasti termasuk dalam jadual lawatan. Kalau anda lebih berminat pada pelancongan bersendirian, Houhai tidak boleh dilepaskan, kerana di sekitar “nadi naga air” ini, anda dapat menghayati kehidupan orang Beijing yang asli dan tulen: orang-orang tua bersiar-siar sambil membawa sangkar burung; peminat-peminat Opera Peking berlatih menyanyi di tepi tasik; gerai-gerai sarapan didirikan dan menawarkan cakoi dan air kacang soya.

Sebagai warga bandar raya Beijing yang sibuk bekerja hampir setiap hari, penulis mahu melupakan semua beban di metropolis ini, mencari ketenangan jiwa dan bersantai sepanjang hari di tempat yang sunyi dan jauh dari hiruk-pikuk bandar. Houhai menjadi pilihan pertama, kerana lokasinya di pusat kota, dan jarak perjalanan ke sana tidak jauh. Yang penting ialah penulis boleh merasai kehidupan asli Beijing di Houhai setelah sekian lama tinggal dalam suasana yang moden.

Walaupun disebut Hai (bermaksud laut), Houhai ini sebenarnya tasik buatan manusia. Ia merupakan tasik milik maharaja pada zaman dahulu. Keaslian kota Beijing pada masa dahulu masih terpelihara dengan baik dan dapat dilihat di sini.

Untuk mengelakkan waktu sesak, penulis bangun lewat dan berlepas dari rumah pada pukul 11.00 pagi, menaiki bas kemudian menaiki kereta api bawah tanah laluan 6. Sebaik turun di stesen Beihai North, penulis terus berjalan menelusuri Jalan Longtoujing menuju ke destinasi pertama hari ini iaitu Istana Putera Gong.

Istana Putera Gong, Saksi Sejarah Separuh Zaman Dinasti Qing

Sehari Bersantai di Houhai (1): Istana Putera Gong

Berbanding dengan kompleks bangunan istana diraja yang tersergam megah di tempat yang tidak jauh, Siheyuan (rumah yang mempunyai laman) di Houhai memang kelihatan rendah dan kecil, namun rumah-rumah orang biasa inilah yang dapat memperlihatkan kebudayaan kehidupan orang Beijing yang sebenar.

Siheyuan terdiri daripada laman dan bilik. Siheyuan yang paling tipikal mempunyai tiga laman dari depan ke belakang. Laman-laman ini masing-masing mempunyai beberapa bilik. Rumah penduduk biasa lebih kecil dan jumlah biliknya sedikit. Bilangannya laman dan bilik rumah orang-orang kaya atau bangsawan lebih banyak.

Sewaktu melancong di kawasan Houhai, Siheyuan yang paling luas dan mewah iaitu Istana Putera Gong mestilah tersenarai dalam jadual lawatan. Oleh sebab tempat ini sudah dijadikan tempat pelancongan, ramai pengunjung berbaris untuk membeli tiket di depan pintu masuk. Maka penulis mengambil masa ini membaca pengenalan ringkas untuk mengetahui sejarahnya terlebih dahulu: Kompleks ini merupakan kediaman Heshen, menteri kanan semasa pemerintahan Maharaja Qianlong (1711-1799 Masihi), zaman Dinasti Qing. Kononnya Heshen mempunyai kekayaan yang luar biasa kerana banyak menerima rasuah, malah lebih kaya berbanding maharaja. Sewaktu Maharaja Jiaqing naik takhta pada tahun 1799, menteri yang banyak makan rasuah itu dijatuhi hukuman gantung. Nilai harta miliknya yang dirampas kerajaan sama dengan pendapatan kerajaan separuh tahun. Semasa pemerintahan Maharaja Xianfeng (1831-1861 Masihi), kompleks kediaman ini dikurniakan maharaja kepada adinda baginda, Putera Gong, dan beliau menjadi tuan rumah ketiga kompleks kediaman ini. Maka kediaman ini mendapat nama Istana Putera Gong. Ahli arkeologi berkata, “Istana Putera Gong telah menyaksikan sejarah separuh zaman Dinasti Qing”.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin