Bama, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi sangat terkenal sebagai kawasan yang dihuni oleh warga yang berumur panjang di China. Sumber alam di sana dianggap amat baik untuk kesihatan manusia. Tidak jauh dari Bama, terdapat sebuah destinasi pelancongan yang belum begitu popular, iaitu Gunung Feng atau Gunung Burung Phoenix.
Jingxi merupakan sebuah destinasi pelancongan yang menarik untuk dilawati di Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, barat daya China. Walaupun nama tempat itu masih belum begitu popular, namun pesonanya tidak kalah jika dibandingkan dengan Guilin yang merupakan destinasi pelancongan terkemuka di Guangxi.
Taman Tanah Bencah Negara Narat yang terletak di Xinjiang, China adalah kawasan habitat bagi bangau dan burung botak hitam kerana memiliki persekitaran ekologi yang baik. Terdapat 148 spesies burung di taman ini, antaranya termasuklah lima spesies burung yang diberikan perlindungan peringkat negara I dan 28 spesies perlindungan peringkat negara II.
Tasik Barat terletak di bandar Hangzhou, provinsi Zhejiang di timur China. Pemandangan nan indah di tasik itu telah menarik kedatangan ramai pengembara tempatan mahupun luar negara.
Tasik Ranwu yang terletak di kawasan setinggi lebih 3,807 meter di atas paras laut merupakan tasik yang terbesar di timur Tibet, China. Sebagai sumber Sungai Palongcangbu, anak sungai Yarlung Zangbo, tasik itu menjadi destinasi yang wajib dikunjungi oleh pelancong yang mengikut pakej dari Sichuan ke Tibet.
Xiangshan yang terletak di Ningbo, provinsi Zhejiang mempunyai sejumlah 608 buah pulau, antaranya termasuklah pulau Yushan yang terletak di bahagian paling tenggara Xiangshan.
Selain pulau Yushan, di sekitar Xiangshan, bandar Nibo provinsi Zhejiang masih terdapat beberapa pulau kecil. Sekiranya anda berkelapangan, jelajahlah pulau-pulau kecil tersebut satu demi satu.
Sama ada anda pelancong asing atau tempatan, kota-kota purba di Dali, provinsi Yunnan adalah antara destinasi pelancongan yang tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.
Ketika berbicara tentang pekan atau kampung purba, nama yang sering meniti di bibir orang ramai tentulah Zhouzhuang, Xitang atau Wuzhen
Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.