Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Destinasi Mempesona > Kandungan

Keunikan luar biasa Tasik Lima Warna

2017-05-15 14:31:22 国际在线

Oleh Nor Shafawati Yup

BEGITU unik dan menakjubkan. Itu ekspresi pertama saya sebaik melihat Tasik Lima Warna yang begitu jernih airnya sehingga menampakkan dengan jelas batang pokok yang tenggelam di dasar tasik tersebut.

Sebelum ini, saya hanya membuat carian di internet dan melihat gambar-gambar indah yang dipaparkan, namun melihat sendiri keajaiban tasik tersebut di depan mata ketika lawatan ke Taman Negara Jiuzhaigou merupakan sesuatu yang amat luar biasa.

Apabila berdiri di tepi tasik tersebut kelihatan airnya yang berwarna-warni, ada yang kelihatan biru, dan ada yang hijau bercampur dengan kuning.



Mata dan fikiran begitu terpesona melihat keindahan di depan mata dan bibir saya tidak merhenti mengucapkan rasa syukur atas peluang melihat keajaiban dunia di bumi China ini.

Tidak hairanlah, ramai pelancong tempatan dari wilayah lain di China dan pelancong asing sanggup datang dari jauh untuk melihat sendiri keindahan air yang begitu sinonim dengan Jiuzhaigou.

Di kawasan lembah, terdapat lebih 100 buah tasik yang berwarna-warni, dan orang tempatan menyebut tasik di dataran tinggi ini sebagai Haizi yang bermaksud anak laut.

Penulis tertarik dengan peraturan yang sama sekali tidak membenarkan pelancong mandi-manda di kawasan tasik dan air terjun ini bagi mengekalkan keindahan semula jadinya selain menjaga ekosistem.



Bukan sekadar melihat pemandangan indah, apa yang lebih menarik, saya ingin berkongsi pengalaman mengenakan pakaian tradisional masyarakat etnik tibet yang terkenal dengan dengan seni buatan halus kain tenunannya.

Difahamkan, pakaian berwarna merah bersulam benang emas yang disarung pada badan saya itu merupakan pakaian pengantin etnik Tibet yang turut dihiasi dengan aksesori atau topi berbulu di kepala dan barang kemas berbentuk batuan berwarna-warni.

Pengalaman melihat keindahan alam dan mengenali budaya masyarakat etnik Tibet di China itu akan saya kenang dan kongsikan bersama rakan-rakan lain yang belum lagi menjejakkan kaki Jiuzhaighou atau dikenali 'syurga di bumi'.



Habis

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
Galeri:
China Dunia Hiburan Sukan
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin