Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Destinasi Mempesona > Kandungan

Nikmati Bunga Azalea di Guizhou

2017-04-12 11:49:50

Bunga Azalea disebut  "Suoma" dan bermaksud "bunga untuk menyambut tetamu" dalam dialek etnik Yi. Hutan "Baili Dujuan" yang bermaksud "hutan Azalea sepanjang 50 kilometer" dipercayai paling luas di China. Dari bulan March hingga Julai merupakan musim bunga di hutan asli yang mengutamakan pokok Azalea tersebut. 

Di kawasan seluas 125.8 kilometer persegi itu, sebanyak 23 spesis bunga Azalea berkembang mekar dengan warna-warni. Jika anda hendak menikmati pemandangan yang indah ini, pergilah ke bandar Bijie, kawasan barat daya Guizhou.

Selepas menikmati pemandangan semula jadi, pelancong boleh memilih pergi ke Kaili untuk menghayati kebudayaan kaum Miao, di mana ada "jambatan sungai Qingshui" yang digelar sebagai jambatan berbumbung yang paling panjang dan paling lebar di dunia, dan juga ada perkampungan etnik Miao yang paling besar di dunia, iaitu Langdeshang.

Namun, jika hendak menghayati kebudayaan entik Miao dengan lebih mendalam, perkampungan Miao di Xijiang tidak boleh dilepaskan. Di sana, anda akan nampak lebih 10 buah kampung Miao yang dibina selaras dengan bentuk gunung, dan juga dapat melihat adat resam penduduk tempatan yang diwarisi sejak zaman purba yang masih kelihatan terpelihara. Bersiar-siar di jalan dan lorong yang lama, anda berpeluang menyaksikan teknik pembuatan kraftangan yang unik termasuk pembuatan barang kemas perak, sulaman dan kain batik Miao. Jika berminat, anda mungkin akan membeli sesuatu barang kemas buatan tangan yang mempunyai rekaan tersendiri.

Selain kaum Miao, kaum Dong juga mempunyai tempat kediaman yang paling ramai penduduknya di kaunti Rongjiang, provinsi Guizhou. 

Perkampungan etnik Dong yang paling terkenal disebut Perkampungan Sanbao di sebelah utara kaunti Rongjiang. Di dalam perkampungan itu, terdapat pokok-pokok ara yang berumur lebih seribu tahun bertumbuh di tebing sungai yang kelihatan tetap subur. Gedung “Sanbaogulou” yang dibina pada tahun 1891 merupakan mercu tanda perkampungan itu, dengan ketinggiannya 35.18 meter, dan keluasannya 225 meter persegi. Ukiran dan lukisan di dalam dan luar bangunan yang bertingkat 21 ini, memperlihatkan sejarah perkembangan masyarakat Dong di China. Di sana, anda tidak boleh ketinggalan dalam menghayati aktiviti tradisional termasuk persembahan nyanyian yang dijalankan dengan pelbagai cara.


Anda mungkin berminat

Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
Galeri:
China Dunia Hiburan Sukan
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin