Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Destinasi Mempesona > Kandungan

Pemandangan Bunga Pear dan Perkampungan Etnik Tibet di Sichuan

2017-04-11 14:25:40

Bertolak dari Chengdu, ibu kota provinsi Sichuan dan terus berjalan menuju ke arah barat, anda akan tiba di pekan Shaer yang terletak di lembah sungai Jinchuan. Pokok-pokok pear yang tertumbuh di situ mempunyai batang kayu yang kuat dan tinggi. Ketika musim bunga tiba, pokok-pokok pear yang berbunga akan menjadi tarikan bagi ramai pelancong. Namun, bagi kaum tani tempatan, perkembangan bunga pear hanya menandakan perubahan musim. Mereka yang sudah biasa dengan fenomena alam itu, bangun pagi-pagi untuk memulakan kerja di ladang dengan bersungguh-sungguh.
Perkampung Jiaju yang berpenduduk etnik Tibet terletak di kaki gunung Kapama. Setiap rumah penduduk tempatan kelihatan teratur dan selaras dengan lokasinya di lerengan gunung yang berlanjutan ke lembah sungai Dajin. Setiap perkampungan tempatan biasanya terdiri daripada beberapa hingga puluhan keluarga. Terdapat pokok pear, pokok pic atau pokok aprikot tertanam di sekitar pelbagai rumah yang bergaya etnik Tibet,  sedangkan barli dan sesawi tertanam di ladang. Ketika musim bunga tiba, pemandangan yang berwarna-warni yang berlatarbelakangkan bunga-bungaan yang berwarna merah, kuning dan putih dengan tembok rumah penduduk yang berwarna merah, hitam dan putih, sungguh menarik.
Berbanding dengan Perkampungan Jiaju, Perkampungan Zhonglu yang juga berpenduduk Tibet tidak begitu diketahui umum. Perkampungan Zhonglu bermaksud “mengidamkan tempat yang indah” dalam bahasa Tibet, dan pemandangnya memang selaras dengan nama itu. Perkampungan itu terkenal dengan bangunan Diaolou, iaitu perumahan dalam bentuk kastil yang didiami puak Jiarong dari kaum Tibet. Pokok pear yang berbunga di sekitar setiap Diaolou merupakan pemandangan yang unik. Di Perkampungan Zhonglu juga berpeluang menikmati tarian Guozhuang (sejenis tarian tradisional Tibet ) dan drama tradisional Tibet di samping melihat pakaian yang gemerlap dari puak Jiarong, kaum Tibet.  


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin