Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Destinasi Mempesona > Kandungan

Nikmati Keindahan Bunga Aprikot di Xinjiang

2017-03-23 10:40:01

Musim bunga sudah tiba di kebanyakan tempat di China, berbanding dengan pemandangan bunga sesawi yang berwarna keemasan, pemandangan bunga aprikot di Xinjiang kelihatan amat berbeza dan istimewa.
Di pekan Tuergen, kaunti Xinyuan Daerah Autonomi Yili yang berpenduduk Khazak, wilayah Xinjiang, terdapat hutan pokok aprikot liar seluas lebih 2 ribu hektar yang telah wujud sejak zaman purba. 
Pada bulan April setiap tahun, bunga aprikot yang berwarna kemerah-merahan mula berkembang di semua kawasan bukit dan dataran pekan itu. 
Ketika angin bertiup, kelopak bunga akan berguguran seperti hujan bunga. 
Di sebelah utara hutan aprikot, rumput yang baru tumbuh di kawasan bukit turut menjadi latar berwarna hijau muda bagi hutan pokok aprikot. 
Selain hutan aprikot tersebut, di Yili juga terdapat sebuah tempat yang dinamakan Guozigou, yang merupakan laluan penting bagi kawasan Yili sejak zaman purba. 
Melawat ke Guozigou, anda akan dapat melihat pemandangan yang tidak disangka-sangka kerana di situ anda dapat menyaksikan pemandangan empat musim sekali gus. 
Di kawasan lembah, kelihatan bunga sedang berkembang mekar, pokok-pokok hidup subur di atas pergunungan yang hijau, manakala di kawasan pergunungan yang lebih tinggi sedikit akan kelihatan buah-buahan liar bergantung pada ranting dan di kawasan pergunungan yang lebih jauh pula masih dilitupi salji.
 
Guozigou jika diterjemahkan secara langsung bermaksud lembah buah-buahan. Oleh itu, lereng-lereng gunung di sana terdapat banyak pokok epal dan aprikot liar. 
Selain itu, di kawasan yang terletak bersebelahan dengan Tasik Sayram, tumbuh sejenis bunga liar yang berwarna kuning.
Oleh sebab Tasik Sayram tidak begitu jauh dari Guozigou, kesempatan melancong ke sana merupakan pilihan yang baik. 
Jika berpeluang memandu kereta mengelilingi tasik itu pada waktu matahari terbenam, tentu menjadi pengalaman yang menyeronokkan.            


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin