Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Destinasi Mempesona > Kandungan

Hayati Keindahan Bunga Pic di Linzhi, Tibet

2017-03-21 10:13:14
Taohuagou

Bulan Mac adalah masa yang paling baik untuk menghayati kecantikan bunga di China, terutamanya di kawasan Selatan China. 

Pesta bunga pic diadakan di Linzhi, Tibet pada bulan Mac dan April setiap tahun. 

Bunga pic liar tumbuh berselerakan di kawasan pergunungan, dataran dan lembah sungai. 

Bunga pelbagai jenis yang berlatarbelakangkan ladang barli di kawasan dataran tinggi nan menghijau itu telah mewujudkan pemandangan yang cukup indah dan mempesona di seluruh Linzhi. 

Jika bertolak dari pekan Bayi, di kedua-dua belah lebuh raya provinsi sampai di destinasi pelancongan lembah Yaluzangbu, kelihatan bunga pic yang berkembang mekar mengelilingi kampung seumpama seorang penjaga sedang melindungi kampung Tibet.

Di tempat berjarak kira-kira lima kilometer dari tenggara pekan Bayi, terdapat hutan pokok pic semula jadi yang selalu disebut sebagai Taohuagou (bermaksud lembah bunga pic). 

Hutan tersebut juga merupakan tempat yang paling baik untuk menikmati keindahan bunga pic di Linzhi.

Kampung Suosong dibina di tengah-tengah kawasan pergunungan dan berdepan dengan puncak Namjagbrawa. 

Di kaki gunung itu terdapat Sungai Yaluzangbu yang mengalir deras dan pokok-pokok pic yang tumbuh mekar. 

Maka, kampung tersebut menjadi kedudukan yang paling baik bagi peminat fotografi untuk mengambil gambar puncak Namjagbrawa dan pemandangan bunga pic.

Puncak Namjagbrawa yang setinggi 7,782 meter dari paras laut itu merupakan puncak yang paling tinggi di kawasan Linzhi Tibet. 

Jika anda berkesempatan untuk singgah di kawasan kampung yang terletak di sekitar kawasan itu, anda bukan sahaja dapat menikmati pemandangan matahari terbit dan terbenam di puncak Namjagbrawa, malah dapat juga menikmati keserian "wajah" puncak itu semasa disinari cahaya bulan pada sebelah malam.

Di pekan Lulang yang berjarak kira-kira 80 kilometer dari pekan Bayi, ada sebuah hutan rimba yang dianggap paling indah di China, iaitu Lu Lang Lin Hai. 

Panorama yang terdiri daripada pepohon yang subur, pelbagai spesies bunga, sungai yang jernih dan bangunan berseni bina Tibet yang berselerakan di padang rumput serta lembu yang merayau-rayau di kawasan sekitar amat menarik dan mengagumkan.


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin