Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Destinasi Mempesona > Kandungan

Tidak Sempurna Jika Tidak Lawat Empat Lokasi Ini di Hong Kong

2017-03-06 10:50:10

 
Jika anda jenis “kaki membeli-belah”, anda pasti tahu Hong Kong tersenarai sebagai salah satu destinasi percutian anda. Siapa yang tak tahu Hong Kong merupakan destinasi utama untuk membeli-belah.

Sekiranya anda tertarik untuk singgah ke Hong Kong tetapi mempunyai bajet terhad, jangan risau kerana ada empat lokasi menarik yang harus anda masukkan dalam senarai kunjungan semasa berada di Hong Kong.
 
1. The Peak
The Peak adalah lokasi terbaik untuk menikmati gemerlapan cahaya kota Hong Kong pada waktu malam. Anda juga boleh menyaksikan sendiri gemerlapan pancaran cahaya lampu dari bangunan-bangunan pencakar langit.
 
2. Pulau Lantau
Bangunan pencakar langit bukanlah satu-satunya tarikan yang terdapat di Hong Kong. Di Hong Kong juga terdapat lebih dari 230 buah pulau dengan pemandangan pantainya yang cantik.

Satu daripadanya adalah Pulau Lantau, iaitu pulau terbesar di Hong Kong, berhampiran dengan pulau utama dan semenanjung Kowloon. Pulau tersebut juga berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong.

Anda boleh menggunakan feri untuk ke pulau itu dan melihat pemandangan perbukitan di sana dengan menaiki kereta kabel Ngong Ping.
 
3. Patung Buddha Gergasi Tiantan
Tidak lengkap perjalanan anda di Ngong Ping, Pulau Lantau Hong Kong jika tidak melihat objek tarikan pelancong, iaitu patung Buddha berukuran gergasi. Dakilah 268 anak tangga untuk melihat patung ini lebih dekat sambil menikmati pemandangan gunung-ganang serta laut yang terbentang luas.
 
4. Kapal Feri
Anda juga boleh menyaksikan panorama indah kota Hong Kong dengan menggunakan kapal feri dari pelabuhan. Dengan HKD980 (kira-kira RM560), anda akan dibawa menyusuri sungai untuk menikmati keindahan lampu kota di Hong Kong selamat 10 minit.



Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin