Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Destinasi Mempesona > Kandungan

The Mountain Resort di Chengde

2017-03-04 09:45:46
901585_2017030409460173744700.jpg 901585_2017030409460178115100.jpg 901585_2017030409460180611100.jpg

The Mountain Resort Chengde yang juga disebut sebagai Chengde Imperial Summer Resort disenaraikan sebagai warisan budaya dunia, destinasi pelancongan peringkat 5A, peninggalan sejarah penting kebangsaan dan salah satu daripada empat taman yang tersohor di China. 

Taman itu mula dibina pada tahun 1703. 

Setelah dibina oleh tiga maharaja, iaitu Kangxi, Yongzheng dan Qianlong, pembinaan taman itu selesai sepenuhnya 89 tahun kemudian. 

Taman itu menggabungkan pemandangan di utara dan selatan China serta merupakan taman diraja yang paling besar pada ketika ini. 

Taman itu terdiri daripada tiga bahagian, iaitu kawasan balairung seri, tasik, dataran dan pergunungan. 

Taman itu juga mempamerkan bentuk muka bumi dan landskap seluruh China serta dianggap sebagai taman klasik yang seni binanya paling cemerlang dalam sejarah. 

Pada zaman dahulu, maharaja Dinasti Qing (1636-1912) membawa pegawai, tentera dan keluarga baginda ke Padang Mulan yang terletak lebih 350 kilometer dari Beijing untuk memburu haiwan dan melatih pasukan tentera. 

Baginda telah membina 21 istana sementara sepanjang perjalanan dari Beijing ke padang tersebut. 

The Mountain Resort merupakan salah satu daripada 21 istana sementara tersebut. 

Ketika tentera bersekutu Britain dan Perancis menceroboh China dan menduduki Beijing pada tahun 1860, Maharaja Xianfeng telah membawa pegawai dan keluarga baginda melarikan diri ke The Mountain Resort di Chengde dan menjalankan pentadbiran negara  di taman itu. 

Selain pemandangan yang indah dan seni bina yang mengagumkan, taman itu juga mencatat banyak sejarah.



Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin