Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Destinasi Mempesona > Kandungan

Jelajah Selatan dan Timur Laut Yunnan (2)

2017-02-08 11:52:36
Xishuangbanna

Xishuangbanna bukan bandar yang besar, tetapi lebih meriah pada sebelah malam, terutamanya bagi mereka yang sangat suka akan makanan ringan.
Di setiap lorong dan tepi jalan pasti kelihatan masakan istimewa tempatan yang rasanya masam dan pedas, di samping kedai-kedai yang menjual barangan yang diimport dari Asia Tenggara.
Dalam kawasan hutan hujan tropika Xishuangbanna yang luas, etnik Jinuo sebagai etnik minoriti ke-56, iaitu yang terakhir dikenalpasti di China, telah dikesan menghuni di sana. 
Kampung etnik Jinuo yang kaya dengan ciri-ciri keistimewaan etnik tersebut sentiasa menarik kedatangan para pelancong.
Sebagai satu-satunya kawasan perlindungan hutan hujan tropika di China, Xishuangbanna juga dianggap sebagai antara destinasi pelancongan yang paling sesuai bagi seisi keluarga. 
Di sana, anda bukan sahaja dapat berjumpa dengan gajah liar Asia dan bermain di taman air, malah berpeluang untuk mengetahui lebih banyak maklumat tentang hutan hujan tropika melalui lawatan ke kebun botani yang dimiliki oleh Akademi Sains China.
Sawah teres Yuanyang merupakan warisan turun-temurun etnik Hani. 
Sawah padi itu dibina mengikut bentuk muka bumi gunung-ganang, selain terletak di bawah sinaran cahaya matahari akan menampilkan pancaran warna yang berbeza-beza. 
Pemandangannya indah sekali dan amat menakjubkan. 
Oleh itu, sawah teres Hani terpilih dalam senarai warisan dunia pada tahun 2013.
Puzhehei, sebuah tempat yang amat indah. 
Gunung dan sungainya sangat mirip dengan yang terdapat di Guilin, Guangxi, manakala suasana kampungnya pula dipenuhi sungai-sungai kecil yang mengelilingi rumah penduduk kampung dan banyak jambatan merentasi sungai itu seperti perkampungan di provinsi Jiangsu dan Zhejiang. 

Penduduk etnik Yi terkenal dengan keramahan mereka. Pesta "Hualian" (muka yang berwarna-warni) yang telah bersejarah kira-kira seribu tahun masih dapat dinikmati di sana. 
Pelancong dicadangkan menikmati panorama seluruh Puzhehei dengan kapal yang berlayar di sungai yang berliku-liku.
Gunung Dabaoshan, Shaotong adalah pusat sukan luncur angin dengan pakaian bersayap di China.
Di lokasi tersebut bukan sahaja kelihatan Gunung Daliangshan yang indah yang terletak di provinsi Sichuan yang jauh sekali, malah ketika menjejakkan kaki di laluan yang lantainya dipasang dengan papan kaca yang setinggi 2,600 meter dari paras laut itu juga menerbitkan perasaan yang menakjubkan.

Lokasi gunung itu juga merupakan habitat bagi bangau berleher hitam. 
Di kolam Sungai Tiaodun dan Dahaizi, anda berpeluang untuk menyaksikan burung yang sangat berharga itu kerana  ada yang mencari makanan dan ada yang berehat di situ.     


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin