Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Destinasi Mempesona > Kandungan

Kereta Api Yang Membawa Anda ke Alam Khayalan (2)

2017-01-10 11:45:36

Terdapat laluan kereta api yang hanya beroperasi pada musim sejuk di kawasan timur laut China, yang menghubungkan bandar Shenyang dengan Sungai Songjiang bermula pada 2 Disember 2016 hingga 16 Februari 2017. 
Harga tiket yang ditawarkan adalah antara RMB3,000 (RM1,936) hingga RMB7,000 (RM4,516). Harga tersebut sebenarnya termasuk harga bagi pakej percutian selama enam hari lima malam.
Para penumpang kereta api itu akan dapat menikmati penginapan selama tiga malam di hotel, dua malam di dalam kereta api, tiga kali masuk ke taman tema air Wandan Changbai, ski sepanjang hari dengan tiga kali di pusat peranginan, di samping perkhidmatan pengangkutan antara stesen kereta api Sungai Songjiang dengan destinasi percutian.

Kereta api tersebut menyediakan sejumlah 40 bilik yang masing-masing untuk dua orang atau empat orang, dengan setiap bilik dilengkapi dengan bilik air. 
Tempat tidur pula disediakan lampu dan kusyen. 
Restoran dalam kereta api itu luas. Selain itu, sarapan dan snek untuk makan malam diberikan kepada penumpang secara percuma. 
Kereta api itu juga menyediakan bilik untuk menonton filem, bermain catur, mengikuti kelas ski, di samping menyediakan perkhidmatan maklumat pelancongan kepada para penumpang, selain banyak aktiviti yang khusus untuk kanak-kanak.
Ketika menaiki kereta api tersebut anda akan dibawa menelusuri Gunung Changbai. Di sana anda berpeluang untuk menikmati pemandangan Tasik Tianchi yang diliputi salji. 
Jika hendak menikmati pemandangan salji di sana, selain bersiar-siar di Tasik Tianchi, pelancong juga boleh memilih untuk menaiki kereta kabel sambil menikmati dunia berwarna putih dari udara.
Kebanyakan pelancong memilih untuk menaiki kereta api tersebut dengan tujuan bermain ski di pergunungan Changbai.
 
Musim salji di sana bermula pada bulan November hingga bulan April tahun berikutnya dengan ketebalan salji mencecah lebih satu meter, sangat lembut dan amat sesuai untuk sukan ski. 
Di pusat peranginan Gunung Changbai Wanda terdapat 43 lorong ski dan lima laluan kereta kabel bagi memenuhi keperluan pemain ski yang berbeza-beza. 
Selain itu, bagi para pelancong yang tidak suka atau tidak berani bermain ski, aktiviti lain seperti luncur ais dan lain-lain permainan juga terdapat di sana.
Pusat peranginan Gunung Changbai Wanda terdiri daripada sembilan buah hotel yang bertaraf dunia, antaranya termasuklah dua buah hotel enam bintang dan dua buah hotel lima bintang.
 
Suasana sekeliling pusat peranginan tersebut seumpama sebuah pekan ski di Eropah dan Amerika.
Selain terdapat hotel yang bertaraf lima bintang, bagi pelancong yang mahu menikmati air panas, boleh memilih untuk menginap di Hotel Hannanshan. 
Air panas di hotel itu diambil dari bawah tanah sedalam 2,800 meter yang mengandungi pelbagai jenis unsur penting yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.  


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin