Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Destinasi Mempesona > Kandungan

Kereta Api Yang Membawa Anda ke Alam Khayalan (1)

2017-01-09 14:34:30

Terdapat satu laluan kereta api yang boleh membawa anda ke bandar yang terletak di hujung timur China bagi menyaksikan matahari terbit yang paling awal di China, di samping merentasi kaki Gunung Changbai yang misteri, iaitu laluan K1227 yang bertolak dari bandar Shenyang, ibu kota provinsi Liaoning ke Fuyuan, provinsi Heilongjiang, yang memakan masa selama 20 jam 27 minit. 
Tiket berharga RMB488.80 (RM315.5) menyediakan tempat tidur yang serba mewah, manakala tiket yang berharga RMB310.50 (RM200.5) untuk tempat tidur biasa.
Kereta api K1227 yang bertolak dari Shenyang ke Fuyuan, kawasan paling timur dalam peta China akan merentasi dataran bersalji sepanjang 1,100 kilometer. 
Pada musim sejuk ini, jika menaiki kereta api tersebut, anda berpeluang untuk merasai suhu yang semakin dingin seiring dengan pergerakan kereta api yang menuju ke arah timur.
 
Embun akan membeku di permukaan tingkap gerabak sehingga anda tidak dapat melihat apa-apa pun di luar.
Sepanjang laluan kereta api itu terdapat banyak perhentian, antaranya termasuklah beberapa stesen utama yang boleh dijadikan mercu tanda bagi kawasan timur laut China.

Bandar Shenyang tentu akan pertama kali disebut ketika membicarakan kawasan timur laut China. 
Istana Kuno Shenyang masih boleh dilawati, walaupun tidak dapat dibandingkan dengan Istana Kuno di Beijing, namun sebagai istana sementara di timur laut China, istana tersebut masih dipelihara dengan baik. 
Di bandar itu, terdapat banyak warga Korea Selatan dan etnik Korea China yang tinggal di kawasan yang dinamakan Xita.
 
Oleh itu, anda boleh menikmati kebudayaan etnik Korea dan suasana kehidupan mereka. 
Di taman budaya inovasi 1905 yang terletak di Tiesi, kesenian timur laut China akan muncul di hadapan mata anda. 
Selain itu, program lain seperti melawat ke pameran ukiran ais, bermain ski dan mandi-manda di mata air panas, semuanya boleh dinikmati sepuasnya di Shenyang.
Ketika tiba di bandar Changchun, anda berpeluang untuk menyaksikan sebuah bandar yang dipenuhi unsur-unsur kesenian. 
Syarikat Penerbitan Filem Changchun pernah mengeluarkan lebih seratus buah filem, yang boleh dikatakan sebagai wakil sejarah perkembangan industri perfileman di China. 
Di bandar Changchun juga terdapat banyak tanda sejarah masa lampau, misalnya bas elektrik no.54 yang mula beroperasi pada 1 November 1941, dan hingga kini masih menyediakan perkhidmatan kepada para penumpang.

Stesen terakhir bagi Laluan Kereta Api K1227 ialah kaunti Fuyuan, kawasan paling timur di China. 
Tempat yang paling terkenal di Fuyuan ialah pekan Wusu, pekan yang paling kecil di dunia dan kawasan yang paling awal menerima pancaran matahari di China. 
Dahulu, pekan Wusu didiami oleh sebuah keluarga, sekarang keluarga itu pun berpindah ke tempat lain ekoran banjir besar yang melanda pekan itu pada tahun 2013. 
Kini, hanya terdapat sebuah pos tentera yang bertugas menjaga kawasan sempadan negara di sana.     


Anda mungkin berminat

Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
Galeri:
China Dunia Hiburan Sukan
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin