Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Destinasi Mempesona > Kandungan

Nikmati Kehidupan Kampung di Tonglu

2016-12-23 10:41:00

Perjalanan dari bandar Hangzhou ke pekan Tonglu, provinsi Zhejiang dengan memandu kereta memerlukan hampir lebih satu jam, dan jika memandu 40 minit lagi bolehlah sampai ke sebuah lembah gunung di kampung Xinfeng, yang dihuni hanya 38 buah keluarga sahaja. Walaupun kecil, kampung ini mempunyai kedai buku yang paling indah di China yang pernah disebut dalam liputan BBC dan CNN. Selain itu, “Hotel Misteri Tonglu” yang biliknya diubahsuai dari rumah asli penduduk tempatan,  pemandangan bunga sawi dan ladang bertingkat yang mengeliling juga dilihat sebagai tarikan kampung itu.

Walaupun terletak di tempat yang tersembunyi, “Hotel Misteri Tonglu” tidak perlu risau akan pelanggannya yang sebenarnya ramai sekali, yang terbukti dengan kesulitan dalam menempah biliknya pada musim sibuk.

Mereka yang buat kali pertama mengunjungi hotel itu biasanya berasa seperti sesak jalan, kerana suasana di sekitarnya bukan main sunyi ketika berjalan mengikuti jalan sempit di kawasan pergunungan. Apabila bimbang sudah tiba di hujung jalan, pelawat akan tiba-tiba mendapati pemandangan di depan menjadi cerah, dan muncullah beberapa buah rumah yang berwarna kuning dan putih yang dikelilingi bunga sawi berwarna kekuningan, hutan bambu dan sungai kecil. Pemandangan seperti itu memang mengagumkan.

Ketika mendekati hotel itu, pelawat akan mendapati beberapa rumah asli penduduk tempatan yang diubah menjadi hotel dengan menggunakan bahan yang asli juga seperti tembok buatan tanah dan kayu. Rumah-rumah yang lama itu kelihatan menyerlah dengan keindahan yang asli yang sejajar dengan latar belakang perkampungan.

Ketika menyebut kedai buku yang paling indah di China, tentulah Kedai Buku Xianfeng di Nanjing, ibu kota provinsi Jiangsu. Ia digelar oleh CNN sebagai kedai buku yang paling indah di China pada tahun 2013, dan tersenarai antara 10 kedai buku yang paling indah di dunia oleh BBC pada tahun 2014. 

Nah, kedai buku di Tonglu yang disebut tadi sebenarnya anak syarikat Kedai Buku Xianfeng. Memandangkan lokasinya yang terletak di belakang Hotel Misteri, mereka yang menginap di hotel itu hanya memerlukan dua minit sahaja jika mahu berjalan kaki ke sana untuk meminjam buku yang diizinkan dibawa pulang ke bilik hotel untuk pembacaan selanjutnya.  Selain itu, sambil membaca buku  sambil minum kopi di café kedai buku itu juga dilihat sebagai satu pilihan yang menyeronokkan.

Pekan Tonglu mempunyai beberapa kampung yang lama yang bercirikan seni bina provinsi Anhui dan bahagian barat provinsi Zhejiang. Tanpa rombongan pelancongan dan perkhidmatan Café dan Bar yang bising dan riuh rendah, perkampungan seumpama itu menunjukkan wajah yang asli dan muncul di mata dunia sebagai muzium yang hidup yang mempamerkan adat resam tempatan.

Kampung Dipu, sebuah kampung kecil di pekan Tonglu, sentiasa diselimuti pemandangan bunga yang berbeza-beza yang berkembang sepanjang tahun. Suasana kekampungannya dilihat sebagai yang tipikal di selatan China.     


Anda mungkin berminat

Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
Galeri:
China Dunia Hiburan Sukan
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin