Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Destinasi Mempesona > Kandungan

Xiata, Destinasi Penuh Misteri

2016-03-22 14:54:03

Xiata, Destinasi Penuh Misteri

Xiata, yang terletak di Yili, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang merupakan sebuah destinasi pelancongan yang bukan sahaja mempunyai alam semula jadi yang indah, malah kaya dengan kesan tinggalan sejarah.
Walau bagaimanapun, oleh sebab lokasinya yang agak terpencil, maka Xiata masih lagi asing dalam kalangan pelancong, selain dikatakan sebagai sebuah tempat yang penuh misteri.

Xiata, Destinasi Penuh Misteri


Padang Rumput Huohai

Padang Rumput Huohai yang terletak di kaki Banjaran Tianshan adalah antara tempat yang menarik untuk dikunjungi oleh para pelancong.
Sungai Xiata yang berasal dari kawasan pergunungan mengalir tenang di sini.
Pelancong juga dapat menikmati kemegahan Gunung Hantengri yang tingginya hampir 7,000 meter dari paras laut. Nama “Hantengri” sebenarnya berasal daripada bahasa Mongol yang bermaksud “dewa kayangan”.
Huohai pula bermaksud “lautan api” dalam bahasa Mandarin kerana pemandangan tatkala matahari terbenam di padang rumput itu sungguh mengagumkan.
Apabila matahari terbenam pada musim panas, pemandangan pada waktu senja di padang rumput itu sungguh memukau.
Langit, puncak gunung yang diliputi salji serta padang rumput seolah-olah terbakar dan menyerlahkan rona-rona merah setelah disimbah cahaya matahari.
Dari situlah munculnya nama Padang Rumput Huohai yang bermaksud “lautan api” dalam bahasa Mandarin.

Xiata, Destinasi Penuh Misteri


Lembah Xiata

Lembah Xiata yang terletak di kawasan hulu sungai sememangnya memiliki pemandangan alam semula jadi yang amat memikat dan benar-benar mengekalkan keasliannya.
Lembah yang memiliki keaslian hutan pain dan kejernihan air sungai itu juga seumpama syurga bagi pelbagai spesies hidupan liar, antaranya termasuklah spesies haiwan liar yang hampir pupus seperti snow leopard, sejenis harimau bintang.

Jalan Kuno Xiata

 Jalan Kuno Xiata ialah laluan pergunungan yang terkenal dengan catatan sejarah dan kecuramannya.
Tangga batu di jalan kuno itu masih lagi kekal di lereng gunung yang curam.
Fungsi Jalan Kuno Xiata adalah untuk menghubungkan bahagian utara dan selatan Banjaran Tianshan pada zaman purbakala.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin