Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Destinasi Mempesona > Kandungan

Lautan Sakura di Yunnan China

2016-03-18 10:00:23

Lautan Sakura di Yunnan China

Provinsi Yunnan yang terletak di barat daya China kaya dengan sumber pelancongan.

Pokok sakura mula ditanam di Kunming, ibu kota provinsi Yunnan pada zaman Dinasti Yuan, lebih 900 tahun dahulu.

Baru-baru ini, Kunming menyambut kedatangan musim bunga sakura.

Lautan Sakura di Yunnan China

Beribu-ribu batang pokok sakura tumbuh mekar dan indah di Taman Bukit Yuantong, Kunming.

Bunga-bunga sakura yang merimbun itu seolah-olah menggamit kedatangan para pengunjung.

“Lautan sakura Yuantong” telah menjadi suatu pemandangan yang mempesona.

Lautan Sakura di Yunnan China

Tasik Dianchi yang terletak di barat daya bandar Kunming memiliki keluasan 340 kilometer persegi, terletak pada ketinggian 1886 meter dari paras laut, manakala purata kedalaman tasik kira-kira 5.5 meter.

Selain itu, Tasik Dianchi juga dikenali sebagai tasik air tawar keenam terbesar di China.

Pemandangan alam sekitar yang menarik menjadikan Tasik Dianchi sering dipuji sebagai "mutiara" di dataran tinggi Yunnan-Guizhou, China.

Lautan Sakura di Yunnan China

Tasik Dianchi berdataran tinggi, juga merupakan tasik yang indah seumpama lautan yang terbentang luas.

Ketika angin silir-semilir, dahan kayu di tepi tasik bagai menari-nari lembut, permukaan tasik yang luas seumpama cermin, kelihatan tenang; apabila hujan turun dan ditiup angin kencang, arus beralun-alun, teguh dan kuat.

Baru-baru ini, selaras dengan ketibaan musim bunga dan cuaca menjadi panas, burung camar bermulut merah (larus ridibundus) yang menikmati musim sejuk di Kunming akan kembali ke Siberia.

Lautan Sakura di Yunnan China

Terdapat sejumlah besar burung camar bermulut merah berhijrah ke Kunming pada bulan Oktober hingga November setiap tahun.

Apabila tiba musim bunga tahun berikutnya, bulu-bulu di kepala burung camar bermulut merah bertukar menjadi warna hitam yang menandakan burung-burung tersebut memasuki tempoh kematangan seksual.

Pada ketika ini, mereka pastinya sedang berterbangan beramai-ramai dalam perjalanan pulang ke utara untuk proses pembiakan.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin