Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Destinasi Mempesona > Kandungan

Kawasan Simpanan Alam Semula Jadi Negara Hoh Xil

2016-03-18 09:50:15

Kawasan Simpanan Alam Semula Jadi Negara Hoh Xil

Kawasan Simpanan Alam Semula Jadi Negara Hoh Xil yang terletak di provinsi Qinghai China memiliki keluasan 4.5 juta hektar.

Kawasan tersebut adalah antara kawasan simpanan alam semula jadi yang melindungi persekitaran ekologinya paling baik di dunia pada awal abad ke-21, dan turut dikenali sebagai kawasan simpanan alam semula jadi yang paling luas, selain memiliki ketinggian dari paras laut paling tinggi dan paling kaya dengan sumber binatang liar.

Baru-baru ini, Kawasan Simpanan Alam Semula Jadi Negara Hoh Xil telah menyerahkan surat permohonan kepada Suruhanjaya Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk disenaraikan dalam warisan alam dunia.

Kawasan Simpanan Alam Semula Jadi Negara Hoh Xil

Keputusannya akan diumumkan dalam mesyuarat suruhanjaya UNESCO ke-41 yang dijadualkan pada musim panas tahun 2017.

Menurut Ketua Jabatan Penerangan Biro Perlindungan Kawasan Simpanan Alam Semula Jadi Negara Hoh Xil, Tsering Samdrup, kawasan yang terlibat dalam permohonan kali ini seluas 6 juta hektar, antaranya termasuklah 3.7 juta hektar kawasan teras dan 2.3 juta hektar kawasan sekeliling.

Kawasan tersebut merangkumi keseluruhan Kawasan Simpanan Alam Semula Jadi Negara Hoh Xil dan sebahagian kawasan simpanan alam semula jadi Tiga Sungai peringkat negara.

Sehingga kini, China mempunyai 10 tapak warisan alam semula jadi dunia.

Kawasan Simpanan Alam Semula Jadi Negara Hoh Xil

Selepas mengadakan perbincangan, sekumpulan pakar memohon UNESCO mengisytiharkan Kawasan Simpanan Alam Semula Jadi Negara Hoh Xil sebagai kawasan yang memiliki bentuk muka bumi yang unik, kaya dengan biodiversiti dan fenomena alam yang jarang-jarang berlaku selaras dengan beberapa piawaian warisan alam dunia, selain memiliki daya saingan yang kuat.

Kawasan Simpanan Alam Semula Jadi Negara Hoh Xil yang terletak pada ketinggian 4,500 meter dari paras laut adalah antara habitat spesies berharga seperti antelop Tibet, yak liar dan keldai liar Tibet.

Menurut statistik tidak rasmi, terdapat lebih 7,000 tasik besar atau kecil dan 255 glasier kuno di kawasan ini.

Difahamkan, pegawai UNESCO akan mengunjungi Kawasan Simpanan Alam Semula Jadi Negara Hoh Xil untuk menjalankan tinjauan pada bulan September nanti.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin