Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Destinasi Mempesona > Kandungan

Padang Rumput Maqu Yang Pelbagai Warna

2016-03-09 11:12:00

Padang Rumput Maqu Yang Pelbagai Warna

Padang Rumput Maqu yang seluas lebih 10 ribu kilometer persegi terletak di kaunti Maqu, provinsi Gansu, China. 

Sungai Kuning, sungai kedua terpanjang di China yang juga dikenali sebagai "ibu sungai orang Cina" mengalir masuk dari barat daya. 

Setelah berbelok di Padang Rumput Maqu,  arus Sungai Kuning mengalir keluar ke arah barat laut. 

Selekoh di padang rumput tersebut menjadi selekoh yang pertama daripada sembilan selekoh di sepanjang laluan arus Sungai Kuning.

Padang Rumput Maqu Yang Pelbagai Warna

Ximeiduohetang merupakan kawasan yang paling indah di Padang Rumput Maqu. Pada pertengahan bulan Julai setiap tahun, kawasan itu diliputi bunga globeflower yang berwarna kuning. 

 Pada bulan Ogos, kawasan itu dipenuhi dengan bunga blue gentian yang berwarna biru. 

Apabila tiba pula bulan Oktober, kawasan pergunungan di sekitar padang rumput itu diliputi dengan salji dan ditumbuhi dengan bunga Ranunculus yang mula berkembang di kawasan tersebut. 

Kawasan Ximeiduohetang yang telah bertukar warna menyerlahkan keindahan yang berbeza-beza sepanjang tahun.

Kebanyakan penduduk di Padang Rumput Maqu merupakan penduduk nomad etnik Tibet. 

Ketika pesta etnik Tibet berlangsung, penduduk tempatan menunggang kuda, memakai pakaian tradisional yang cantik dan menikmati makanan yang lazat. 

Selain itu, mereka juga memiliki adat resam yang unik. 

Pada ketika ini, hotel mewah telah selesai dibina dan mula beroperasi di kawasan tersebut. Keadaan ini pasti memudahkan pelancong yang hendak mengunjungi padang rumput tersebut.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin