Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Destinasi Mempesona > Kandungan

Tarikan Alam di Tasik Selincuo

2016-03-02 10:45:16

Tarikan Alam di Tasik Selincuo

Tasik Selincuo yang juga dinamakan Selingcuo adalah tasik masin kedua terbesar di Tibet dan ketiga terbesar di China. Selincuo, dalam bahasa Tibet bermaksud tasik hantu yang disinari cahaya, terletak di kawasan antara kaunti Bange dengan Shenzha, Tibet.

Tasik Selincuo wujud hasil daripada proses pembentukan Dataran Tinggi Qinghai-Tibet. Keluasan tasik tersebut meliputi 1640 kilometer persegi, ketinggiannya pula pada 4530 meter dari paras laut. Menurut kajian saintis, keluasan Tasik Selincuo pernah mencatat 10 ribu kilometer persegi, namun berikutan perubahan iklim, keluasan tasik itu semakin mengecil dan terbahagi kepada 23 tasik kecil.

Tarikan Alam di Tasik Selincuo

Tasik Selincuo dikelilingi gunung-ganang. Tumbuh-tumbuhan yang hijau dan subur di tebing tasik itu menjadikan kawasan itu antara pusat kegiatan menggembala utama di kawasan utara Tibet, sekali gus menjadi kawasan perlindungan alam bagi bangau leher hitam.

Tasik Selincuo bersambung dengan beberapa tasik kecil seperti yang dinyatakan di atas dan terdapat beberapa arus sungai mengalir masuk ke kawasan itu, antaranya termasuklah dari Sungai Zhajiazangbu yang panjangnya 409 kilometer. Sungai Zhajiazangbu merupakan sungai yang paling panjang di Tibet dan mengalir ke dalam Tasik Selincuo dari utara tasik itu.

Tasik Selincuo bukan sahaja kawasan menggembala tradisional kerana dikelilingi padang rumput yang luas dan menghijau, malah pada setiap musim panas, pulau-pulau yang terletak di tengah-tengah tasik itu menjadi habitat kepada pelbagai spesies burung hijrah.

Tarikan Alam di Tasik Selincuo

Menurut kisah dongeng, Selin dahulunya adalah hantu hebat yang tinggal di Duilongdeqing, sebelah barat Lahsa. Dia mahu menelan beribu-ribu manusia dan binatang setiap hari dan tiada sesiapa mampu menghalang kemahuannya. Pada suatu hari, Biksu Lianhuasheng yang pandai menghapuskan hantu telah datang untuk memburu Selin. Selin melarikan diri ke sebuah tasik yang luas. Kemudian, Biksu Lianhuasheng mengarahkan Selin untuk tinggal di dalam tasik dan tidak mengizinkannya meninggalkan tasik itu lagi. Biksu juga menamai tasik itu sebagai Selinduicuo yang bermaksud tasik hantu Selin.

Tarikan Alam di Tasik Selincuo

Tasik Selincuo sekarang adalah kawasan perlindungan bangau leher hitam yang paling luas di dunia dan di sana juga terdapat pelbagai spesies haiwan perlindungan peringkat pertama di China antaranya termasuklah harimau salji, keldai Tibet, ayam salji Tibet, antelop Tibet, dan lain-lain. Tasik Selincuo adalah syurga tersembunyi bagi penghuni alam, selain mengumpulkan fauna yang semakin jarang-jarang ditemukan.


Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin