Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Destinasi Mempesona > Kandungan

Destinasi Pelancongan Padang Pasir Shapotou di Niangxia

2016-03-01 09:56:14

Destinasi Pelancongan Padang Pasir Shapotou di Niangxia

Destinasi pelancongan Shapotou terletak kira-kira 16 kilometer dari barat bandar Zhongwei, Wilayah Autonomi Hui Ningxia. Kawasan tersebut bukan sahaja bersempadan dengan Ningxia, Mongolia Dalam dan Gansu, malah merupakan kawasan terpenting di laluan yang menghubungkan benua Eropah dan Asia serta laluan sutera kuno. 

Di sebelah selatan destinasi Shapotou terbentang Gunung Qiangshan yang bersambung dengan banjaran gunung Qilian, di sebelah utaranya pula kelihatan padang pasir Tengri yang luas dan tanpa batasan, manakala di kawasan tengah destinasi tersebut, mengalir arus deras  Sungai Kuning. Selain itu, terdapat sebuah taman hijau yang dinamakan Taman Tongjia, di antara padang pasir dan sungai itu. Padang pasir dan sungai sebenarnya merupakan dua fenomena alamiah yang tidak dapat disatukan, namun di destinasi pelancongan Shapotou kedua-duanya wujud dalam kawasan yang sama sehingga menghasilkan pemandangan yang penuh misteri dan menarik.

Destinasi Pelancongan Padang Pasir Shapotou di Niangxia

Pada tahun 736 Masihi, utusan Dinasti Tang yang terkenal, Wang Wei telah dihantar oleh Maharaja untuk menyampaikan perutusan kepada askar yang menang dalam peperangan. Ketika melalui Shapotou, beliau telah mengarang puisi yang sangat terkenal dalam sejarah China yang berjudul “Shi Zhi Sai Shang” (Perutusan ke Saishang) bagi menceritakan pemandangan yang indah permai di Shapotou.

Shapotou terletak di wilayah Ningxia, dan dikatakan perjalanan ke Ningxia tidak sempurna sekiranya tidak berkunjung ke Shapotou. Berdasarkan penilaian, Shapotou sekarang adalah antara 50 buah destinasi pelancongan yang paling berbaloi dikunjungi di China bagi pelancong asing dan juga antara lima padang pasir yang paling indah di China. Pelbagai aktiviti dapat disertai di Shapotou antaranya termasuklah menjelajah padang pasir Tengri, terapung-apung dengan sampan yang diperbuat daripada kulit kambing di Sungai Kuning dan menggelongsor di permukaan pasir. 

Destinasi Pelancongan Padang Pasir Shapotou di Niangxia

Walaupun produk pelancongan padang pasir telah menjadi tarikan pelancong yang istimewa di Shapotou, namun kerajaan sentiasa mengambil pelbagai langkah bagi mencegah peluasan kawasan padang pasir itu demi menjamin keselamatan laluan kereta api yang penting di kawasan barat laut China. Langkah-langkah tersebut amat berhasil dengan penanaman rumput yang dapat hidup subur di sana. Pada tahun 1984, Dewan Negara China menyenaraikan Shapotou sebagai Kawasan Perlindungan Alam Semula Jadi Padang Pasir China yang pertama.

Destinasi Pelancongan Padang Pasir Shapotou di Niangxia

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin