Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Destinasi Mempesona > Kandungan

Sepuluh Destinasi Paling Popular di China pada Musim Sejuk(2)

2016-02-26 11:49:09

Sepuluh Destinasi Paling Popular di China pada Musim Sejuk(2)

1. Xiamen

Bandar Xiamen, provinsi Fujian yang terletak di selatan China, sesuai untuk bercuti dan bersantai kerana cuacanya yang nyaman sepanjang tahun.
Kononnya, pada zaman purba kala, Xiamen ialah tempat persinggahan bagi burung-burung bangau. Oleh itu, bandar ini juga dikenali sebagai "Pulau Bangau".
Anda boleh bersiar-siar sambil menikmati pemandangan yang istimewa di Pulau Gulangyu,  berbasikal mengelilingi pulau atau mengunjungi kedai-kedai kecil yang unik di bandar tersebut. 

Sepuluh Destinasi Paling Popular di China pada Musim Sejuk(2)

2. Kanas

Kanas, destinasi pelancongan yang terkemuka di Xinjiang, memiliki pemandangan yang indah lagi istimewa. 

Pada musim sejuk, Kanas bertukar wajah dengan liputan salji tebal yang memutih.  Wusong, iaitu fenomena wap air dalam udara membeku pada daun dan ranting pokok kerana suhu jatuh secara mendadak, yang menghiasi Kanas, turut menyerlahkan pesona tempat ini pada musim sejuk.

Selain menikmati pemandangan alam yang cantik, anda juga berpeluang untuk menikmati adat resam penduduk tempatan yang istimewa.

Sepuluh Destinasi Paling Popular di China pada Musim Sejuk(2)

3. Tasik Barat

Tasik Barat menyerlahkan pemandangan yang paling menawan ketika turunnya salji. 
Salji memutih yang turun nipis-nipis, seolah-olah mengenakan sehelai selimut tipis pada segala-galanya di tasik ini yang turut dihiasi bunga plum yang mekar berkembang. 
Salji  di Tasik Barat cepat cair, menyebabkan pemandangan salji di sini jarang dapat disaksikan dan sering menjadi daya tarikan bagi para pengunjung. 

Sepuluh Destinasi Paling Popular di China pada Musim Sejuk(2)

4. Nyingchi

Nyingchi, Tibet biasanya adalah tempat untuk menyaksikan bunga pic pada musim bunga. 
Namun, Nyingchi juga sesuai untuk dilawati pada musim sejuk kerana pemandangan alamnya yang indah bak lukisan, termasuk gunung salji, tasik yang jernih serta padang rumput yang menjadi tempat ternakan lembu dan kuda. 

Sepuluh Destinasi Paling Popular di China pada Musim Sejuk(2)

5.Wuyuan

Wuyuan di provinsi Jiangxi adalah antara destinasi pelancongan yang diminati ramai, khususnya bagi peminat fotografi.

Bersiar-siar dikatakan cara paling baik untuk menikmati pemandangan musim sejuk di Wuyuan. 
Berbeza dengan pengalaman ketika mengunjungi pantai atau mendaki gunung, anda pasti memperoleh ketenangan jiwa dengan menyaksikan sendiri pokok kuno dan kampung purba yang terdapat di situ. 


Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin