Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Destinasi Mempesona > Kandungan

Sepuluh Destinasi Paling Popular di China pada Musim Sejuk

2016-02-26 11:43:10

Sepuluh Destinasi Paling Popular di China pada Musim Sejuk

1. Hainan

Provinsi Hainan yang mengalami iklim tropikal merupakan destinasi pelancongan yang diminati ramai, khususnya mereka yang menetap di sebelah utara yang cuacanya amat sejuk pada musim sejuk. 
Hainan, pulau yang menyajikan pemandangan mempesona, memiliki pantai yang indah dengan air laut yang jernih.
Menjamu selera dengan hidangan laut yang segar juga menjadi pengalaman yang menarik kepada para pelancong.

Sepuluh Destinasi Paling Popular di China pada Musim Sejuk

2. Harbin

Harbin, ibu kota provinsi Heilongjiang yang terletak di utara China dikenali sebagai dunia ais dan salji pada musim sejuk, dengan suhu udara mencatat 20 darjah Celsius di bawah sifar. 
Walau bagaimanapun, cuaca yang sejuk tidak menjadi halangan kepada pelancong untuk menghayati pemandangan dan kebudayaan unik di bandar tersebut. 
Pesta tanglung ais, ekspo seni arca salji dan aktiviti bermain ski adalah antara daya tarikan utama bagi para pelancong. 

Sepuluh Destinasi Paling Popular di China pada Musim Sejuk


3. Yunnan

Provinsi Yunnan yang terletak di bahagian barat daya China dianugerahi cuaca nyaman sepanjang tahun. 
Kunming, ibu kota provinsi ini digelar "kota musim bunga". 

Terdapat banyak destinasi yang berbaloi untuk dilawati di Yunnan, antaranya termasuklah Dali, Shangri-La dan Lijiang. Selain itu, Yunnan juga memiliki budaya makanan yang unik dan bersejarah. 

Sepuluh Destinasi Paling Popular di China pada Musim Sejuk

4. Hong Kong

Hong Kong merupakan destinasi beli-belah yang masyhur. 
Beberapa pesta yang jatuh pada musim sejuk seperti Hari Krismas, Tahun Baharu, Tahun Baharu Cina dan Hari Kekasih merupakan saat yang sesuai untuk membeli-belah kerana banyak pusat beli-belah menawarkan potongan harga yang cukup menarik pada ketika itu. 


Taman Disneyland Hong Kong pula merupakan destinasi pelancongan yang amat diminati oleh kanak-kanak. 
Selain itu, Hong Kong juga kaya dengan pemandangan yang sungguh mengujakan. 
Pelancong boleh mengunjungi Bukit Victoria atau menikmati keindahan Pelabuhan Victoria pada waktu malam.

Sepuluh Destinasi Paling Popular di China pada Musim Sejuk


 

5. Gunung Huang

Seperti kata pepatah Cina, walaupun Gunung Huang indah sepanjang tahun, namun panoramanya  pada musim sejuk paling mempesona. 
Gunung Huang yang terletak di bahagian selatan China juga sering kala dilanda arus dingin dari utara. 
Ketika salji turun, gunung ini pasti menghidangkan pemandangan alam seumpama dunia fantasi yang sungguh mengasyikkan.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin