Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Destinasi Mempesona > Kandungan

Taman Bunga Dunia Beijing

2016-02-18 11:40:30
575559_2016021811403656616500.jpg

Taman Bunga Dunia Beijing (Beijing World Flower Wonderland Park) merupakan taman botani terbesar yang terletak di kawasan pusat bandar Beijing, China. 

 Lokasi taman ini amat mudah untuk dikunjungi dengan pengangkutan awam. 

Taman bunga yang digelar “Taman Istimewa” pada tahun 2005 itu merupakan destinasi pelancongan peringkat 4A negara dengan jumlah keluasan 41.8 hektar. 

Anda boleh membawa anggota keluarga, sama ada warga emas atau kanak-kanak bersiar-siar di taman bunga tersebut kerana keperluan dan minat mereka pasti dapat dipenuhi di sini. 

Pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan dari seluruh dunia yang ada di taman bunga ini tentu tidak akan mengecewakan para pengunjung.

Taman Bunga Dunia Beijing terdiri daripada 7 rumah kaca  dan 15 lapangan taman botani. 

Rumah kaca terdiri daripada makmal penyelidikan, kebun sayur-sayuran dan buah-buahan, ruang bunga istimewa, galeri tumbuhan tropikal, galeri tumbuh-tumbuhan padang pasir, dan lain-lain. 

Bagi penduduk tempatan, khususnya ketika cuaca kurang baik seperti jerebu atau angin kuat, rumah kaca adalah tempat terbaik bagi golongan warga emas atau kanak-kanak bersiar-siar kerana oksigen yang terdapat di dalamnya lebih tinggi, manakala suhu udara pula kekal lebih kurang 20 darjah Celsius sepanjang tahun. 

Ketika cuaca baik dan cerah, 15 lapangan taman botani tersebut sering menarik kedatangan ramai pengunjung. 

Setiap taman botani mempunyai keistimewaan masing-masing dengan tema yang berbeza, antaranya termasuklah taman botani Versailles, taman botani Jerman, taman botani Belanda, taman botani Jepun, dan lain-lain.  

Landskap pintu gerbang Taman Bunga Dunia Beijing pula diserikan dengan arca marmar putih  “bidadari sedang menaburkan bunga” yang setinggi 7 meter dan seberat 20 tan. 

Tahun 2016 adalah Tahun Monyet menurut kalendar China. Bermula pada Januari tahun ini, patung Monyet yang dibentuk daripada pokok-pokok kaktus yang berwarna-warni telah mencuri perhatian para pengunjung untuk mengabadikan gambar kenangan mereka di sini.


                 


Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin