Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Destinasi Mempesona > Kandungan

Taman Tema Kapal Induk Binhai Tianjin

2016-02-16 17:23:47
574299_2016021617235628117900.jpg

Taman Tema Kapal Induk Binhai Tianjin yang terletak di Bandar Ekologi Kawasan Baharu Binhai, Tianjin China merupakan taman tema ketenteraan terbesar dan destinasi pelancongan peringkat 4A negara dengan jumlah keluasan 22 ribu meter persegi. 

Keistimewaan taman tema tersebut ialah Kapal Induk Kiev dijadikan sebagai lokasi lawatan yang membolehkan para pelancong bersiar-siar di atas kapal, menyaksikan pameran kelengkapan senjata, menonton persembahan bertemakan ketenteraan serta melihat penggambaran filem dan lain-lain.                         

Sejarah Kapal Induk Kiev Kapal Induk Kiev telah dibawa oleh Kapal Deyi Jabatan Penyelamat Shanghai dari pelabuhan tentera Vega Jef, Rusia pada tahun 2000, merentasi Atlantik, Cape of Good Hope, Selat Melaka, Laut China Selatan, Laut China Timur, Laut Huanghai, dan akhirnya tiba di Pelabuhan Tianjin, Teluk Bohai. 

Perjalanan tersebut mengambil masa selama 102 hari dengan jarak perjalanan kira-kira 16,850 batu nautika. Pada tahun 2001, kapal induk Kiev ditukar fungsinya sebagai destinasi pelancongan.

Tarikan Utama di Taman Binhai1. Kapal Induk Kiev 


Kapal Induk Kiev dibina pada tahun 1970 oleh Kesatuan Soviet, mula berkhidmat pada tahun 1975 dan tamatn perkhidmatan pada tahun 1994. 

Kapal induk raksasa yang digelar “pembunuh laut” oleh dunia Barat, bersaiz 273.1 meter panjang, 52.8 meter lebar, 61 meter tinggi. Ia pernah menjadi lambang kemegahan tentera laut Kesatuan Soviet. 


2. Jalan Budaya dan Kreatif Rusia Jalan Budaya dan Kreatif Rusia merupakan sebatang laluan komersial. Bangunan di kedua-dua belah laluan tersebut dibina dengan bercirikan Rusia. 

Pelancong dapat membeli pelbagai produk yang diimport dari Rusia serta menikmati makanan ringan dan menu tipikal Rusia. 



Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin