Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

ashkurgan: Penduduk Etnik Tajik Yang Hidup di Kaki Gunung Ais

2016-10-12 15:57:53
Orang Yang Tinggal di Atas Awan

Kaunti Tashkurgan di bawah pentadbiran bandar Kashgar merupakan tempat yang di paling barat di China dan lokasi strategik di Jalan Sutera Kuno. Ia terletak di Dataran Tinggi Pamir dan di bawah kaki gunung ais Muztag yang helang pula tidak mampu melintasinya. Masihkah anda ingat akan satu filem “Tetamu dari Gunung Ais”yang menceritakan kecintaan antara gadis Gurandam yang cantik dengan askar muda PLA Amir, merekalah penduduk Tajik yang hidup di sini.

Penduduk etnik Tajik bukan seetnik dengan warga negara Tajikstan. Bahasa, sejarah, budaya dan agama mereka jauh berbeza. Etnik Tajik bertutur dialeg dari bahasa Persian. Mereka merupakan satu-satunya etnik yang berbahasa Persia di China dan juga merupakan satu-satunay etnik orang putih yang berasal dari China.

Penduduk Etnik Tajik berjumlah 50 ribu orang, antaranya 60% hidup di Tashkurgan. Bagaimanapun, sejarah etnik ini amat panjang. Seawal 2000 tahun sebelum Masihi, sudah ada penduduk yang bertutur dalam bahasa timur Iran hidup di sini. Merekalah nenek moyang etnik Tajik.


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin