Lokasi Anda: Laman Utama > Galeri > China > Kandungan

Presiden China, Xi Jinping Menyampaikan Ucapan Selamat Tahun Baharu

2016-12-31 22:38:35

Menjelang tahun baharu, Presiden China, Xi Jinping menyampaikan ucapan selamat tahun baharu 2017 melalui Radio Antarabangsa China (CRI), Radio Nasional China (CNR), Stesen TV Pusat China (CCTV), Stesen TV Antarabangsa China dan internet. Tuan-tuan dan puan-puan: Tahun 2016 akan berakhir dan loceng untuk menyambut tahun baharu juga akan berbunyi. Pada saat yang cukup meriah ini, saya mengucapkan selamat tahun baharu kepada rakyat berbilang kaum, penduduk di Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) Hong Kong, Wilayah Pentadbiran Khas Makau, saudara di Taiwan, orang Cina di seberang laut serta sahabat di seluruh dunia. Tahun 2016 mempunyai makna yang penting kepada rakyat China. Tahun ini merupakan tahun pertama bagi Rancangan Lima Tahun Pembangunan Nasional ke-13. Pada tahun ini, pihak berkuasa komited mempercepat proses pembinaan masyarakat kaya secara komprehensif berdasarkan konsep pembangunan baharu sehingga berjaya mendorong pertumbuhan ekonomi domestik. Kerajaan memperkasakan pembaharuan komprehensif dan mengadakan pembaharuan yang amat penting terhadap sektor pembekal. Selain itu, pembaharuan terhadap pertahanan dan pasukan tentera mencapai kejayaan yang besar. Rangka utama bagi pembaharuan dalam pelbagai bidang lain sudahpun ditetapkan. Kerajaan dengan aktif menjalankan pentadbiran berasaskan undang-undang, memperdalam pembaharuan terhadap sistem kehakiman serta meningkatkan keadilan dalam menangani urusan kehakiman dan masyarakat. Sebagai parti pemerintah, Parti Komunis China (PKC) terus mengetatkan disiplin, menangkap dan menghukum pegawai yang baik berpangkat tinggi ataupun berpangkat rendah yang membelakangi undang-undang dan disiplin. Iklim politik, parti, pemerintahan dan sosial semakin baik. Pada tahun 2016, FAST, iaitu teleskop astronomi terbesar di dunia (diameternya sepanjang 500 meter) yang dibina oleh China ( juga digelar “Mata China yang Hadapi Kayangan”) telah beroperasi. Satelit Dark Matter Particles “Wu Kong” telah berjalan di orbitnya selama setahun. Satelit Experimental Quantum angkasa lepas Mozi, roket pembawa angkasawan Shenzhou ke-11 dan modul peninjau Tiangong ke-2 telah diterbangkan ke ruang angkasa lepas. Kontinjen China mencapai kecermalangan dalam temasya Sukan Olimpik di Rio yang menyaksikan pasukan bola tampar wanita China sekali lagi meraih pingat emas berselang 12 tahun. Dengan pelaksanaan pembaharuan berkenaan, penduduk dari desa yang berhijrah ke bandar boleh menikmati layanan yang lebih mudah. Kemudahan pelajaran bagi kanak-kanak di banyak kawasan yang miskin telah pun dibaiki. Mereka yang memohon menguruskan kad identiti (ID) tidak perlu lagi pulang ke kampung halamannya. Sejumlah penduduk yang tidak memiliki ID telah diizinkan mendaftar dengan badan-badan berkenaan. Sejumlah penduduk telah mempunyai doktor pribadi. Pada tahun ini, terdapat banyak perubahan yang menajubkan di China. Sidang kemuncak ke-11 Kumpulan 20 (G20) telah diadakan di Hangzhou, kota yang sungguh indah di China. Sidang itu amat berjaya dan menunjukkan kebijakan dan imej China kepada masyarakat antarabangsa. Pembinaan Inisiatif Jaluar dan Laluan (B&R) terus dipercepatkan. Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) telah ditubuhkan dan beroperasi. China mempertahankan pembangunan secara damai dan dengan tegas membela keutuhan wilayah dan kepentingan maritim Beberapa kali bencana alam dan kemalangan pengeluaran yang mengakibatkan korbanan nyawa dan kerugian harta dengan serius telah melanda di China pada tahun ini. Kami berasa sedih tentang bencana dan kemalangan tersebut. Beberapa anggota pasukan pengaman China telah terkorban ketika menjalankan tugas mereka di luar negeri. Mereka mengorbankan nyawa untuk kedamaian dunia. Kami menyampaikan dukacita kepada mereka dan berjanji akan bersungguh-sungguh menjaga keluarga mereka. Tahun 2016 merupakan ulang tahun ke-95 tertubuhnya PKC dan ulang tahun ke-80 Long March. Kami akan memperingati orang-orang yang memberikan sumbangan kepada rakyat dan bangsa China dan terus komited untuk mencipta masa depan yang cerah. Tuan-tuan dan puan-puan! Kongres kebangsaan ke-19 PKC akan diadakan pada tahun 2017. pihak berkuasa akan terus komited untuk membina masyarakat kaya, memperkasakan pembaharuan yang komprehensif, menjalankan pentadbiran berasaskan undang-undang, mengendalikan parti berdasarkan displin yangketat. Dengan usaha-usaha tersebut, impian kami akan tercapai. Pada tahun 2016, lebih 10 juta orang penduduk China mengatasi kemiskinan. Saya mengucapkan terima kasih kepada pekerja-pekerja dalam operasi membasmi kemiskinan. Menjelang tahun baharu, penduduk yang masih hidup miskin amat menarik perhatian saya. Sejumlah mereka masih menghadapi masalah dalam bidang pekerjaan, persekolahan anak, perubatan dan rumah kediaman. Membantu mereka untuk mengatasi masalah-masalah tersebut menjadi tanggungjawab PKC dan kerajaan. PKC dan seluruh masyarakat perlu memberi keprihatinan dan membantu penduduk yang masih hidup miskin agar lebih ramai penduduk memanfaatkan pembaharuan dan pembangunan. Asalkan seluruh rakyat China berjuang bersama-sama dengan PKC, masa depan China nescaya akan lebih cerah. Tuan-tuan dan puan-puan! Menurut pandangan tradisional China, “seluruh dunia ialah sebuah keluarga yag besar”. Rakyat China juga berharap rakyat di negara-negara yang lain hidup bahagia. Tetapi peperangan, kemiskinan, wabak penyakit dan bencana alam tetap menjejaskan sebahagian negara dan kawasan. Kami dengan ikhlas berharap masyarakat antarabangsa bekerjasama untuk membina dunia yang lebih damai dan makmur. Marilah kita dengan keyakinan yang penuh, menunggu dan menyambut loceng tahun baharu berbunyi! Terima kasih!  

Anda mungkin berminat

Khabar Buatmu

Khabar Buatmu: Saudara Steven Chan, Apa Khabar Sekarang?

Sungai Kuning mengalir timur ke barat, Perahu persaudaraan China sampai ke Malaysia, Biarpun betapa jauh hati dekat, Persahabatan China-Malaysia selam-lamanya.

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
Galeri:
China Dunia Hiburan Sukan
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin