Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Rundingan Tidak akan Berhasil Jika Tidak Menepati Janji

2019-08-04 14:48:24

Amerika Syarikat (AS) sekali lagi mengancam akan mengenakan tarif tambahan sebanyak 10% terhadap produk import dari China yang bernilai USD300 bilion bermula 1 September, namun pada masa yang sama menyatakan kesediaan untuk berunding dengan China demi mencapai perjanjian ekonomi dan perdagangan komprehensif. AS melanggar komitmen, membelakangi konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara di Osaka, sambil menanti-nantikan rundingan membuahkan hasil yang memuaskan. Fikiran ini sukar untuk difahami. Keikhlasan ialah asas rundingan. Manakan perunding yang selalu mengubah pendirian dapat memperoleh keyakinan orang lain? 

Pada tahun lepas, China mengambil sikap yang tulus ikhlas untuk berunding dengan AS. Namun rundingan tidak mencapai kemajuan yang dihehendaki berikutan AS tidak menepati janji.

Pada bulan Februari 2018, China dan AS mencapai persetujuan peringkat awal mengenai China memperluas import hasil pertanian dan produk sumber tenaga dari AS. Namun AS mengeluarkan laporan "siasatan 301" terhadap China pada bulan Mac sebagai alasan mengenakan tarif tambahan 25%terhadap produk yang diimport dari China.

Pada 19 Mei tahun 2018, China dan AS bersama mengelurkan kenyataan yang mengumumkan tidak mencetuskan perang dagang. Namun 10 hari kemudian, AS mengetepikan kenyataan itu, dan terus mengenakan tarif tambahan.

Pada 1 Disember tahun 2018, pemimpin China dan AS mencapai konsensus penting di Argentina bagi menghentikan tindakan mengenakan tarif tambahan baharu antara satu sama lain, selain mempercepat rundingan menuju ke arah membatalkan semua tarif tambahan dalam 90 hari seterusnya. Sehubungan dengan itu, kumpulan ekonomi kedua-dua negara mengadakan rundingan dan mencapai konsensus dalam beberapa aspek. Namun, AS terus menaikkan tarif terhadap produk China yang bernilai USD200 bilion daripada 10% kepada 25% pada 10 Mei lalu sehingga menjejaskan rundingan ekonomi dan perdagangan.

Pada 29 Jun tahun 2019, pemimpin China dan AS mencapai konsensus di Osaka yang bersetuju memulihkan rundingan berdasarkan prinsip sama rata dan saling menghormati, selain AS tidak mengenakan tarif tambahan terhadap produk China. Hasil pusingan ke-12 rundingan ekonomi dan perdagangan peringkat tinggi berakhir, kedua-dua pihak bersetuju untuk menyambungkan rundingan seterusnya pada bulan September. Namun hanya 30 jam selepas rundingan itu, AS sekali lagi mengubah pendirian.

Fakta ini menunjukkan bahawa AS perlu memikul tanggungjawab terhadap kegagalan rundingan berkenaan.

China sentiasa berpendapat bahawa mengenakan tarif tambahan tidak dapat menyelesaikan masalah. Pertikaian hanya boleh ditangani melalui rundingan. China tidak takut akan mana-mana tekanan dan ancaman dan telah membuat persiapan menghadapi sebarang cabaran. Sekiranya AS terus mahu mengenakan tarif tambahan, China terpaksa mengambil tindakan balas untuk memelihara kepentingan teras negara dan kepentingan asas rakyat.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin