Kerajaan Amerika Syarikat (AS) semalam mengumumkan rancangannya untuk mengenakan tarif tambahan 10% terhadap produk yang diimport dari China yang bernilai USD300 bilion hingga meruncingkan pergeseran perdagangan. Tindakan Washington itu segera mencetuskan reaksi yang keras daripada perusahaan domestik.
Naib Pengerusi Dewan Perniagaan AS atas urusan antarabangsa, Myron Brilliant menyatakan bahawa tindakan terus mengenakan tarif tambahan terhadap produk yang diimport dari China hanya akan mendatangkan lebih banyak kesengsaraan kepada syarikat, petani, pekerja dan pengguna di negaranya, selain menjejaskan pertumbuhan ekonomi AS. Kalangan perniagaan AS menanti-nantikan rundingan konstruktif diadakan antara pegawai kedua-dua negara dan menggesa kedua-dua pihak mengekalkan komunikasi demi sehingga semua tarif tambahan dibatalkan secepat mungkin.