Buku berjudul "Amalan Baharu mengenai Pentadbiran Negara" yang menghimpunkan rencana-rencana mengenai Presiden Xi Jinping, dilancarkan baru-baru ini.
Buku yang diterbitkan Syarikat Penerbitan Xinhua itu terdiri daripada dua jilid, yang mengandungi 129 rencana berita berserta 240 foto yang merakamkan pelbagai mesyuarat dan aktiviti yang dihadiri Presiden Xi serta tinjauan dalam negeri dan lawatan ke serata dunia dari 2012 hingga 2017.