Kadar pertukaran matawang paun sterling (GBP) terus menjunam selepas Perdana Menteri baharu Britain, Boris Johnson yang menyarankan keluar daripada Kesatuan Eropah tanpa perjanjian, naik ke tampuk kuasa minggu lalu.
Sejak 26 Julai, GBP telah dijual dalam kuantiti besar, kadar pertukarannya berbanding dolar Amerika (USD) mencatat tahap paling rendah dalam dua tahun lalu.
Prestasi GBP pada bulan ini hampir tercorot sejak Oktober 2016, dengan kejatuhan hampir 2.4% sejak Johnson menjadi perdana menteri.
Johnson kerap kali menegaskan bahawa Brexit mesti diselesaikan sebelum 31 Oktober. Pemain pasaran percaya kekhuatiran terhadap "Brexit keras" atau tanpa perjanjian, akan terus menyuramkan kadar pertukaran GBP.