Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Perancis Tubuh Markas Komander Tentera Angkasa Lepas

2019-07-14 14:51:57

Presiden Perancis, Emmanuel Macron semalam mengumumkan bahawa pihaknya akan menubuhkan markas komander tentera angkasa lepas pada bulan September demi mempercepat pembangunan ketenteraan di ruang angkasa lepas bagi menghadapi kemungkinan tercetusnya konflik di angkasa lepas.
Demikian dikatakan beliau ketika menyampaikan ucapan dalam majlis merayakan sambutan hari kebangsaan anjuran Kementerian Pertahanan. Markas komander itu akan ditubuhkan dalam tentera udara, dan tentera udara akan berkembang menjadi tentera penerbangan dan angkasa lepas.
Macron berkata, beliau pada tahun 2018 mengemukakan inisiatif bahawa Perancis akan memiliki strategi pertahanan angkasa lepas. Pihaknya telah bersiap, dan akan meningkatkan pemahaman terhadap situasi angkasa lepas demi memelihara satelit sendiri, selain meningkatkan peruntukan dalam angkasa lepas.
Menurut media Perancis, penubuhan markas komander tersebut berikutan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mahu Jabatan Pertahanan menggubal rang undang-undang tentera angkasa lepas pada Februari lalu. Tindakan AS ini berkemungkinan akan mengakibatkan perlumbaan senjata angkasa lepas pusingan baharu.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin