Menurut data yang diumumkan Jabatan Kastam Am semalam, jumlah import dan eksport China pada separuh pertama tahun ini mencatat RMB14.67 trilion (RM8.37 trilion), meningkat 3.9% berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Tatkala amalan perlindungan yang kian bangkit dan pertumbuhan ekonomi dunia menjadi perlahan, prestasi yang cukup baik ini mencerminkan bahawa perdagangan luar negara ini tetap mampan, yang boleh dilihat dari tiga aspek berikut.
Pertama, momentum pertumbuhan perdagangan luar semakin kuat. Import dan eksport perdagangan biasa yang rantai industrinya lebih panjang dan nilai tambahnya lebih tinggi meningkat 5.5% dan mewakili hampir 60% dairpada jumlah keseluruhan import dan eksport di China. Pada masa yang sama, import dan eksport perusahaan swasta meningkat 11%, dan menjadi tonggak utama kepada pertumbuhan perdagangan luar. Selain itu, peningkatkan perdagangan luar oleh kawasan tengah dan barat lebih tinggi daripada taraf purata seluruh negara. Semua ini kejayaan baharu bagi transformasi dan kenaiktarafan perdagangan luar China.
Kedua, rakan dagang China menjadi lebih banyak. Walaupun import dan eksport China dengan Amerika Syarikat (AS) menurun 9%, nanun import dan eksport China dengan Kesatuan Eropah (EU), ASEAN dan Jepun masing-masing meningkat 11.2%, 10.5% dan 1.7%. Khususnya jumlahnya dengan negara-negara terlibat inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) meningkat 9.7%. Ini membantu China mengurangkan kesan negatif daripada persegeran perdagangan dengan AS dan meningkatkan kemampuannya untuk menghadapi risiko.
Ketiga, struktur produk eksport dioptimumkan. Jumlah eksport produk pemesinan dan elektronik serta produk industri intensif buruh mencatatkan pertumbuhan. Antaranya eksport produk pemesinan dan elektronik meningkat 5.3% yang mewakili 58.2% daripada keseluruhan eksport China. Ini menandakan bahawa produk eksport China sedang membina daya saing yang baharu.