Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran telah menafikan bahawa pihaknya cuba menahan sebuah kapal tangki minyak Britain Rabu lalu.
Dalam satu kenyataan semalam, IRGC menyatakan tiada konfrontasi berlaku antara kapal tentera laut Iran dengan mana-mana kapal asing di perairan Teluk Parsi dalam masa 24 jam sebelumnya.
Agensi berita CNN melaporkan, beberapa bot laju milik tentera laut Iran cuba menahan sebuah kapal tangki Britain, namun diusir dari perairan itu selepas diberi amaran oleh kapal tentera laut Britain.
Pada awal bulan ini, sebuah kapal tangki membawa minyak mentah dari Iran ditahan pihak Britain di Selat Gibraltar. Iran mengemukakan bantahan kepada Britain, menuntut kapal itu dilepaskan dan mengancam akan mengambil tindakan balas.