Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

China Mahu Rapatkan Interaksi dengan Malaysia

2019-07-10 14:01:09

Naib Presiden China, Wang Qishan bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang kini dalam rangka lawatan rasmi empat hari di Beijing semalam.
Wang Qishan berkata, jiran dekat lebih rapat daripada saudara jauh. China dan Malaysia telah memupuk interaksi mesra sejak sekian lama.
Katanya, China kini sedang berjuang untuk merealisasikan matlamat "dua seratus tahun", manakala Malaysia mengejar "wawasan 2030". Pemimpin kedua-dua negara telah menetapkan perkongsian strategik komprehensif yang memberi hala tuju bagi perkembangan hubungan dua hala.
China dan Malaysia hendaklah merebut peluang sempena ulang tahun ke-45 ikatan diplomatik, untuk terus merapatkan interaksi dalam pelbagai sektor dan peringkat dan mempergiat kerjasama saling untung termasuk yang melibatkan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). Usaha juga perlu untuk memperkukuh perkongsian sosiobudaya dan pentadbiran, serta mewarisi persahabatan demi manfaat rakyat.
Wan Azizah pula berkata, pihaknya mengutamakan hubungan dengan China. Malaysia mahu bersama-sama China mengembangkan persahabatan tradisional, memperdalam interaksi dan kerjasama, di samping meneroka potensi BRI di Malaysia dan ASEAN demi memperkaya hubungan Malaysia-China.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin