Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Dunia Makin Bergantung Pada Ekonomi China

2019-07-09 16:53:48

Kebergantungan dunia terhadap ekonomi China naik daripada 0.4% pada tahun 2000 kepada 1.2% pada 2017, menurut laporan terkini Institut Global McKinsey (MGI).
Peningkatan kadar ini hasil perkembangan globalisasi, yang turut menunjukkan integrasi China secara terus-menerus dengan ekonomi dunia.
Bank Dunia menganggarkan kadar sumbangan China terhadap pertumbuhan ekonomi dunia pada 2012 hingga 2016 mencatat 34%, melebihi jumlah keseluruhan sumbangan Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun. Sumbangan tanpa henti inilah yang menjadikan dunia semakin bergantung pada ekonomi China.
China, pasaran penggunaan terbesar dan golongan kelas menengah paling banyak di dunia, penjana kuat bagi pertumbuhan ekonomi dunia dengan trend penggunaannya yang terus meningkat.
Laporan MGI itu menyebut, China menyumbang 31% kepada pertambahan penggunaan isi rumah sejagat pada 2010 hingga 2017. Beberapa agensi antarabangsa meramalkan, China akan menyaksikan ledakan penggunaan hingga mencatat USD6 trilion menjelang 2030, jumlah ini sama dengan jumlah keseluruhan AS dan Eropah Barat.
China juga satu-satunya negara yang mempunyai kesemua cabang industri, dengan kelebihan ketara dari segi rantai bekalan. Antara 20 industri yang ditinjau, nisbah penggunaan China dalam 17 industri mewakili lebih 20% daripada keseluruhan di dunia.
Berlatarbelakangkan kebangkitan amalan perlindungan dan unilateralisme, struktur industri dan kestabilan kewangan dunia terjejas, selain faktor ketidaktentuan meningkat. Dalam konteks ini, kesungguhan China meningkatkan pembaharuan dan keterbukaan signifikan bagi menstabilkan ekonomi global.
Selain itu, tarif yang dikenakan China telah diturunkan daripada 9.8% pada 2017 kepada 7.5% tahun lepas, sekali gus menggalakkan ekonomi dunia berkongsi manfaat daripada pasaran China.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin