Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Tekanan AS, Punca Krisis Nuklear Iran

2019-07-09 16:53:27

China melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan Iran mengurangkan komitmennya di bawah perjanjian komprehensif isu nuklear.
Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar Geng Shuang dalam sidang akhbar di Beijing semalam.
Beliau turut menyifatkan tekanan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) sebagai punca utama krisis nuklear Iran.
Sehari sebelum itu, Iran mengumumkan akan meningkatkan tahap ketelunan uraniumnya hingga melepasi had yang ditetapkan perjanjian komprehensif pada 2015.
Presiden AS, Donald Trump memberi amaran kepada Iran supaya "berhati-hati" dalam hal ini.
Sehubungan itu, Geng berkata China menggesa semua pihak terlibat agar bersabar dan mencipta suasana yang kondusif bagi pelaksanaan perjanjian berkenaan.
Katanya, AS bukan sahaja telah menarik diri daripada perjanjian itu, malah menghalang pelaksanaannya oleh Iran dan pihak-pihak lain melalui sekatan secara sepihak.
Fakta membuktikan, pembulian telah menjadi "kanser" yang memburukkan keadaan. Masyarakat antarabangsa hendaklah menyokong multilateralisme, mematuhi order antarabangsa berdasarkan undang-undang dan menyelesaikan masalah melalui dialog secara sama rata.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin