Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Tapak Kota Purba Liangzhu, Warisan Dunia

2019-07-08 11:19:18

Tapak tinggalan sejarah kota purba Liangzhu telah diiktiraf sebagai Warisan Dunia pada Persidangan Jawatankuasa Warisan Dunia ke-43 Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Budaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) yang diadakan di Baku, Azerbaijan kelmarin.

Setakat ini, terdapat 55 tapak warisan dunia di China, iaitu paling banyak bagi mana-mana negara di dunia.

Jawatankuasa tersebut menyatakan, kota purba Liangzhu melambangkan kecemerlangan tamadun budaya padi di China pada lebih 5,000 tahun lalu serta tamadun kota yang unggul. Tapak itu dapat mencerminkan tahap pembangunan di hilir Sungai Yangtze pada Zaman Neolitik, dan mendedahkan keadaan tamadun kota purba secara menyeluruh.

Kota purba Liangzhu yang terletak di Hangzhou, provinsi Zhejiang, seluas 14.3 kilometer persegi dan dilengkapi dengan projek pengairan yang rumit dan kawasan pengebumian, yang wujud sejak tahun 3,300 hingga 2,300 Sebelum Masihi.


Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin